Thursday, 30 June 2011

c.i.n.t.a ~part 1~


c.i.n.t.a
cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan 
mengerti apa yang tidak dijelaskan
sebab cinta tidak datang dari
bibir
lidah
atau fikiran hati
melainkan....HATI

Cinta kerana Allah...
Hiasi cinta dengan iman...
Iman tiang agama...
Iman pembuka jalan ke jalan yang benar...
Keteguhan iman keperibadian diri...







Sunday, 26 June 2011

GADIS BERTUDUNG DAN SANGGUL UNTA

Sekarang nie trend pemakaian tudung menjadi bualan hangat diperkatakan setiap bibir khalifah-khalifah di muka bumi nie... Tapi ada satu trend gadis bertudung yang menarik perhatian aku nak kongsi dengan u all....
Trend yang aku maksudkan nie pasal "GADIS BERTUDUNG & SANGGUL UNTA"...
hahahahaha......SANGGUL UNTA???? so funny la...

Gambar hiasan semata-mata

Ok...gambar kat atas nie salah satu contoh 'sanggul unta' yang aku maksudkan..... Cantik ke kalau ada sanggul unta atas kepala???...Pelik ada la....
Ada orang cakap hukum memakai tudung dan bersanggul unta nie adalah HARAM....
Aku yang bukan pakar dalam bab hukum hakam nie ambil inisiatif yang terbaik untuk cari bukti yang kukuh...
So, aku try search kat Google tentang hadis-hadis yang berkaitan dengan sanggul unta nie & aku tertarik dengan dua hadis nie...

HADIS PERTAMA:

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai
. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



HADIS KEDUA:

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Kedua-dua hadis tersebut jelas menyatakan bahawa pemakaian sanggul unta ini adalah haram disisi agama Islam...
Aku  pernah terbaca pandangan beberapa para ulama mengenai hukum memakai sanggul unta nie.... Terdapat seorang ulama yang mengatakan bahawa pemakaian sanggul unta nie berniatkan apa...Jika hanya untuk menunjukkan kecantikan kepada yang bukan mahram maka haramlah pemakaian sanggul unta....
Aku tak begitu arif dalam hukum hakam Islam.... Tetapi daripada hadis-hadis tersebut dapatlah aku fahami apakah hukum dalam pemakaian sanggul unta...
Sometime, semata-mata nak nampak cantik kita sanggup mengetepikan hukum agama demi kepuasan diri....
Kecantikan yang dikurniakan adalah datangnya dari Allah S.W.T... InsyaAllah...tanpa sanggul unta di atas kepala tidak menunjukkan hodohnya seseorang gadis malah lagi cantik dari yang bersanggul unta....

Katakan TAK NAK pada sanggul unta.... 

Sama-samalah kita bermuhasabah diri... Renung-renungkan dan selamat beramal!! :)



Friday, 24 June 2011

SELAMAT HARI BAPA....

Mr Samsudin Bin Abd Kadir

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
KASIH AYAH BERKORBAN NYAWA
KASIH ALLAH SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT

Setiap bulan JUN kita akan menyambut HARI BAPA...Hari Bapa disambut atas tujuan untuk mengenang setiap pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa...
Kebiasaannya, bapa tak pedulikan hari-hari yang istemewa buat mereka...Tapi mereka lebih mementingkan hari istemwa buat isteri dan anak-anak.... Tak ada perkara yang lebih bermakna dalam hidup mereka selain daripada keluarga tersayang....Pengorbanan seorang bapa sangat berharga dan tak ternilai...
Jadi, wajarlah bagi kita sebagai seorang anak sentiasa mengingati dan menghargai setiap pengorbanan dan kasih sayang yang bapa curahkan untuk kita...
Aku tertarik dengan isu sambutan hari bapa....Ada sesetengah individu menjadikan sambutan hari bapa sebagai satu isu sama ada ia patut disambut atau tidak...Isu sambutan hari bapa ni sama seperti isu sambutan hari ibu.....
Sambutan hari bapa disambut atas tujuan untuk mengenang jasa seorang bapa...Salahkah kita nak menghargai setiap pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa?
Memang tak dinafikan, setiap sambutan yang kita sambut masa kini ada jalan cerita yang tersendiri...Tapi itu terpulang pada niat kita untuk menyambutnya...Cukuplah sekadar kita meluangkan masa untuk seorang ayah....
Aku yakin....Dalam keadaan yang macam ni..anak-anak sentiasa sibuk dengan dunia pekerjaan semata-mata untuk memcari rezeki untuk keluarga dan diri...Masa kita untuk bapa tak setimpal dengan masa yang mereka korbankan untuk kita....
Sambutan hari bapa ni tak melalaikan....Pada aku...niat kita bergantung pada hati....Kalau kita menyambutnya  dengan niat nak menghargai jasa bapa...tue tak salah.....
Jangan jadikan sambutan hari bapa dan hari ibu sebagai isu....
Tepuk dada tanya selera....
bagi sesiapa yang masih mempunyai bapa...hargai bapa anda....Tanpa mereka siapalah kita...
Credit to MR SAMSUDIN BIN ABD KADIR
SELAMAT HARI BAPA buat ayah....Terima kasih atas pengorbanan ayah buat kakak....Kasih sayang ayah sangat bermakna buat kakak....
Terima kasih buat segalanya....Kasih sayang dan pengorbana ayah tak dapat kakak nak balas dengan wang ringgit.....
Kakak SAYANG ayah...

Kakak sayang ayah....

Terima Kasih atas didikan yang ayah berikan....

Monday, 20 June 2011

DENGKI...

Aku cukup tak paham dengan segelintir masyarakat melayu kita yang masih tanamkan sifat dengki dalam diri dia... Seriously, i just could not understand with this kind of people... Sometimes i think that this kind of people such a stupid person... Aku bukan emo tapi aku pelik... Kenapa mesti nak dengki sangat dengan orang... Kalau korang rase cemburu dengan apa yang orang ada or kejayaan orang, why not korang usaha betul-betul untuk jadi mcm diorang... Actually dengki-mendengki nie bukan ada dalam diri kaum melayu je... Tapi pada kaum cina dan india pun ada... Sekarang ni terang lagi bersuluh perasaan dengki ni merupakan salah satu sifat yang 'mulia' ditanamkan dalam diri kita... Banyak kes-kes dengki ni menyusahkan diri.... Dalam negara punya cerita jangan cakap la kan....memang obvious gila... Dalam jabatan-jabatan kerajaan dan swasta pun x kurang hebatnya... Aku penjawat awam... Aku bekerja dalam sektor awam tapi aku jelak dengan perangai segelintir penjawat awam... Benda ni umum la... Aku tak tujukan pada jabatan aku & aku tak tujukan pada sesiapa.. Tapi umum... Aku ulang ae...UMUM!!!! So aku harap sangat la benda ni tak jadi bahan mana-mana jabatan... Well.... i know 'them' very much!!!! (oopppsss...terlebih sudah....) kenapa susah sangat kita nak amalkan sikap TAK MENYUSAHKAN orang lain??? kenapa mesti nak dengki dengan officemate sendiri... hellooooo.... kita bekerja dalam satu jabatan yang sama ok.... why not kita bekerjasama menaikkan nama baik jabatan sendiri... Jangan lah nak tunjuk busuk kita kat orang... Apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah manusia-manusia yang kaki menyusahkan orang nie suka sangat tunjuk busuk depan orang lain.... So phatetic!!! 

Sebelum aku kerja kat jabatan aku ni aku dah masuk dua tiga jabatan-jabatan kerajaan yang lain... The same situation yang aku nampak... Manusia yang suka sangat menyusahkan orang lain & dengki gila gaban dengan orang lain... Aku nak bagi contoh la ae... My mum also bekas penjawat awam & she works for 30 years.... Tapi penghargaan yang dia dapat tak setimpal dengan pengorbanan yang dia curahkan kat jabatan dia... aku rase unfair la kan... Mana yang kaki belit, penghargaan yang dia dapat jangan cakap la kan.. tinggi menggunung... Aku terasa nak share pengalaman masa mak aku kerja.. Every friday mak aku akan pergi bank untuk bank in kan collection jabatan dia.. selalunya xda masalah pun... But one day, may be Allah nak uji dia... Collection boleh tak cukup.. bila mak aku disclose kan this case mula lah mulut-mulut longkang kat ofis dia cakap yang bukan-bukan... Angin je aku dengar.. helloooo... Mak aku tak hadap ok dengan duit orang... dia makan berbayar bukan macam korang ketuk duit orang semata-mata nak makan!!! (hah...kan da teremo...) I know my mum very well...pada aku dia pekerja yang terbaik.... Situation ni lebih kurang sama kat jabatan aku... Pasal duit ada...pasal kerja tinggi menggunung... Tapi lantaklah dengan perangai busuk korang tue... What goes around will turn around... Sekarang ni Allah bayar cash tau.. Da xda guna kredit kad... Semua jabatan sama jer... Aku sentiasa pegang dengan kata-kata mak aku... My mum selalu cakap "kakak, semua jabatan kerajaan sama jer...Kalau dah pedengki tue tetap pedengki... Kalau nak tindas tue tetap ditindasnya..." So..i should be very careful!! Thanks mummy....

Sektor kerajaan dan sektor swasta sama jer...Tak ada bezanya... Abang aku, bakal kakak ipar aku & boyfie aku kerja dalam sektor swasta... Masalahnya sama jer... DENGKI... Aku cukup tak paham la... Duit kat dalam poket berkepuk... Tapi still nak kacau periuk nasi orang.... Apa benda la... Dorang ni semua bankers...Tapi kerja macam barua...Sepatah kata abang aku..."gaji  memang RM 4,000.00, tapi RM 3,000.00 tue untuk kena marah & seribu lagi memang untuk buat kerja.... jadi terima je la...." reasonnya sebab kawan-kawan dia dok kenakan dia je...Bawak balik kes bukan main banyak tapi bos cakap dia tak buat kerja... Macam mana tue... Siapa yang dok kebas semua kes-kes dia???The same thing happen to my boyfie also..Kes asyik dok kena kebas dengan orang je... See.... Semua tempat sama jer... Baik kerajaan & swasta... Kalau dah dengki tue dengki jugak....

Sifat dengki bukan je dalam dunia pekerjaan..Tapi dalam dunia harian pun memang terkenal dengan sifat dengki-mendengki nie... Yang kaum melayu...Bila dengki dengan orang yang dia tak suka, mula lah pakai ilmu bomoh yang segala bagai tue... Dah lupa hukum hakam dalam islam... Nak cakap tak ada agama, diri mengaku islam... Tapi kenapa mesti nak buat benda-benda khurafat tue??? Islam pada nama semata-mata kan... Yang cina & india pula lain style nye... Diorang ni tak main la bomoh-bomoh yang tak berilmu nie... Tapi diorang gunakan otak yang dah dianugerahkan kat diorang nie untuk mengatur strategik dalam menindas orang yang dia tak suka... Diorang ni pandai....Tapi sayang....Bos tempat lama aku kerja selalu cakap cina ni penipu la...jahat la...pedengki la..kedekut ilmu la...Tapi aku tengok bos aku pun lebih kurang jer... Aku bukan tak ada member cina...Kat UTM tue hah,,berlambak budak cina study sama-sama dengan budak melayu....Share nota sama-sama....Ok je...Bila aku dah berkawan dengan bangsa lain baru aku sedar yang tak semua kaum cina dan india ada sifat & perangai yang buruk tue.... Cuma orang kita je yang suka bersangka buruk...Bila cina maju dalam kewangan, mula melayu nak bersuara... Bersuara bila tengok kejayaan bangsa lain tapi tak pernah nak berusaha untuk capai kejayaan macam bangsa lain dapat... Kaum cina & india pulak sentiasa tak puas hati dengan hak keistimewaan kaum melayu dapat di atas bumi mereka sendiri.... Gunakan akal fikiran sebaik mungkin.... Bukan gunakan akal fikiran untuk aktiviti tindas-menindas....

Negara dah maju tapi kenapa pemikiran rakyat masih mundur??? Kenapa kita tak pernah terpikir akibat daripada pemikiran mundur kita??? Kesan pada negara, masyarakat, bangsa, agama, keluarga & diri sendiri... Jangan sampai kita diperbodohkan dalam negara sendiri... Jangan sampai negara Malaysia dijajah pihak asing lagi.... Jangan sampai martabat kita diperkotak-katikkan.... Elakkan ada jurang antara yang miskin dan yang kaya... Elakkan ada jurang antara yang pandai dan yang bodoh... Elakkan dari berlakunya masalah perkauman.... Kata 1MALAYSIA...Tapi kenapa tak nak bersatu padu dalam tonggak pemerintahan negara??? Nak tunggu sampai negara dijajah semula baru nak bersatu padu??? Mana hilangnya jati diri kita sebagai bangsa Malaysia???? Selami diri....Fikir kebaikan dan keburukan kita AMALkan sifat dengki dalam kehidupan....

Wednesday, 8 June 2011

FRIENDS & BOYFRIEND....WHICH ONE IS MORE IMPORTANT????

Heyyyaaaa..... I have one question to ask all of u...only ONE ok.... Between FRIENDS & BOYFRIEND which one is more important??? Can u tell me which is more important to u???

lovely boo... :)
part of my friends....
Some people might say friends & some people might say boyfriend... For me both of them are important to me... Why i said both of them???? ok...let's talk about it... I NEED my boyfriend & of course i NEED my friends... I need BOTH of them...I need to share my problems with them... There is only two reason why i choose both of them....

  1. If i get fighting with my boo.... i'll run to my friends (always)... & if i'll get fighting with my friends... i'll run to my boo....(sometimes & i've done b4..hahaha)
  2. Because i really LOVE them damn much & both of them already be apart of my life...
Now..it's clearly that i really NEED both of them in my life... :)

So....how about u???? Which one is more important to u????


 

PELAT?????

Kali nie aku nak story pasal pelat... Nowadays ramai sangat manusia-manusia kat negara kita bercakap dengan slang pelat... Kadang-kadang tue mengalahkan budak 3 tahun... Silap-silap budak 3 tahun pun bercakap secara normal... Kalau budak kecik yang cakap pelat tue aku boleh terima la...Tapi nie tak... Orang tua bangka yang cakap pelat... 'TOMEY' = COMEL, 'TITO' = TIDO, 'BUCUK' = BUSUK, 'MACEH' = TERIMA KASIH & macam2 lagi la yang pernah aku jumpa.... Nak tergeliat aku dngr orang cakap pelat nie... Macam mana kita nak mengajar budak-budak kecik, anak-anak, adik-adik kita bercakap dengan betul sedangkan kita sendiri yang dah tua bangka ni pun masih bercakap pelat????

Come on la.. Negara dah mula membangun.. Dah maju.. Tak kan nak cakap pelat lgi kot.... Kerajaan dok sebok kempen pasal BAHASA kebangsaan kita... Yang kita nie dok sebok menghancurkan bahasa kita sendiri... Bukan manja la cakap pelat... tapi ANNOYING ok... Bila orang asing permainkan bahasa kita tau pulak marah... Tapi...yang kita ni... bangsa melayu.... bangsa sendiri permainkan bahasa kebangsaan kita.. Tak ke malu namanya... Sepatutnya kita menaikkan bahasa kita ke persada dunia... Biar satu dunia tau betapa istimewanya bahasa melayu... Bukannya memelatkan bahasa kita.... Siapa lagi yang nak banggakan bahasa kebangsaan kita sendiri kalau bukan kita yang berbangsa melayu...

Cuba kita tengok bangsa-bangsa lain... Bangsa cina & bangsa india... Diorang bangga dengan bahasa masing2... Cuba u all tanya bangsa asing... Ada tak bahasa2 yang diorang gunakan tue dipelatkan???? Tak da kannnn...... Pelik kan...Kenapa bangsa kita suka cakap pelat???? Kadang2 kita boleh nampak bangsa-bangsa lain gunakan bahasa melayu dengan baik.... Diorang cakap jauh lebih baik dari segelintir masyarakat kita yang suka cakap pelat nie....Aduyaiiiii.... Perbetulkan percakapan anda dan naikkan martabat bahasa melayu ke persada dunia...Renung2kanlah dan selamat beramal!!!

KALAU.....

1.Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..


2.Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...


3.Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...


4.Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....


5.Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....


6.Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....


7.Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


Dapat ke kita cover malu kalo buwat camtu???????? hahaha...
try la dlu yek...
hope, dapat cover la yea...he he

Monday, 6 June 2011

TARIKH-TARIKH KERAMAT

22 FEBUARI 2010

♥♥ Detik pertemuan yang tidak dirancang menjadikan dua hati menjadi satu...
♥♥ Saat mata bertentang melahirkan perasaan ingin tahu yang mendalam...
♥♥ Pandangan mata menjatuhkan ego lelaki demi mengenali seorang perempuan...
♥♥ Satu pertemuan menjadikan satu titik permulaan dalam dunia baru...

02 MEI 2010

♥♥ Perasaan CINTA yang menguasai diri menghiraukan bisikan orang sekeliling...
♥♥ Lahirnya perasaan KASIH membuatkan diri ingin disayangi dan dicintai...
♥♥ Bunga-bunga mekar di taman mengindahkan lagi suasana yang suram...
♥♥ Mulut membisu dan jantung berdegup menunjukkan tanda setuju....

Akhirnya....
sayang sama kamu...:)
Satu pertemuan yang tidak diduga melahirkan bibit-bibit cinta antara si teruna & dara sekaligus mewujudkan satu hubungan yang mengubah hidup teruna & dara....

Dua hati menjadi satu... Kasih dan sayang tanda ikatan... Melabuhkan tirai antara dua insan...


Bermulalah kisah hidup baru dua dunia....♥♥♥♥