Sunday 23 June 2013

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Sungguh dik, akak TAK pernah memusuhi kau walau sebesar zarah sekalipun.. Tapi jujur akak katakan, akak tersangatlah TIDAK mengerti kenapa kau terlalu memusuhi akak sedangkan akak TAK pernah mengganggu hidup kau malah TAK mengambil insan yang kau sayang.... Adik, akak sedar diri akak penuh dengan kelemahan dan kekhilafan diri. TAPI kau perlu ingat, diri kau juga terlalu banyak lemahnya. Tak perlu kau nak mendabik dada dan mendongak langit yang begitu tinggi kedudukannya dik..

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Adik, akak bukanlah seorang insan yang berumur 7 atau 8 tahun yang perlu bergaduh dek alasan rampas-merampas kawan.. Akak dah cukup dewasa dan matang untuk berfikir dengan baik. Jujur akak katakan, akak seorang manusia biasa yang memerlukan kawan tetapi akak tak perlu bergaduh sesama adik utk rebutkan seorang kawan. Cukuplah sekadar ika, aza, eda, iza dll kawan yang akak ada adik. 

Adik,

Akak juga bukan seorang insan yang memilih kawan mengikut darjat, tahap pendidikan dan kecantikan. I dont mind at all. Cukuplah sekadar insan yang bergelar sahabat tu punyai hati yang ikhlas dan jujur bersama akak. Adik, jangan kau siksa diri kau utk jatuhkan akak dgn menggunakan kawan sebagai umpan. Jangan jadikan kawan sebagai umpan menangkap musuh, jangan jadikan kawan sebagai bahan ujian untuk jatuhkan akak.. usaha kau sia-sia dik.

Ke hadapan adik yang memusuhi aku...

Akak sedar terlalu banyak rancangan jahat yang kau buat untuk jatuhkan akak. Terlalu banyak benda yang buat kau benci pada akak. Suka akak ingatkan adik, setiap manusia Allah dah kurniakan kelemahan dan kelebihan dalam diri kita. Tak perlu kau iri hati dan dengki dengan kelebihan akak dik. Kau juga punyai kelebihan yang tersendiri. Hentikan lah rancangan jahat kau dik.. Kau hanya menyeksa diri kau sedangkan ianya tak berkesan pada akak langsung. Rahsianya dik, akak berpegang pada hukum hakam Allah. Setiap apa yang kita buat kat dunia ni samada baik atau jahat, kita tetap akan dapat balasannya. Hukum Allah itu pasti! Semoga kau mendapat hidayah Allah S.W.T... InsyaAllah..


P/s: bezakan adik dan darah dagingku.. sesungguhnya darah dagingku penyeri hidupku... "adik" bukan lah dari kalangan adik2 kandungku...




  1. Akak yang kau musuhi,
  2. Nadiah Samsudin

Tuesday 4 June 2013

Aku perlukan sahabat... TAPI........

Bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum & salam sejahtera saya ucapkan pada pembaca...

SAHABAT... Apa yang dimaksudkan dengan sahabat? Aku percaya semua orang perlukan sahabat, kawan, teman & rakan dalam hidup masing-masing. Aku juga perlukan sahabat dalam hidup aku. Sebelum aku membebel lagi panjang biar aku jelaskan pada semua definasi sahabat. Sahabat merupakan orang yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri kita tetapi tidak mempunyai pertalian darah antara kita. Dengan kata lain, sahabat bukanlah dikalangan ahli keluarga kita tetapi insan yang boleh memberi manfaat dan kebaikkan pada diri kita & kita juga begitu. Tetapi ia tidak bermakna hidup kita bergantungan secara terus antara satu sama lain. Bila erti sahabat dikaitkan dengan memberi manfaat kepada kita itu juga tak bermakna kita boleh mempergunakan atau memperalatkan sahabat untuk kepentingan diri sendiri. (Harap difahami maksudnya). Aku percaya ramai dikalangan kita yang suka dan sentiasa mengambil kesempatan terhadap sahabat masing-masing dengan alasan itulah gunanya sahabat. (Alasan yang tak masuk dek akal.) Aku paling pantang kalau jumpa orang yang macam nie.

Jujur aku katakan, aku sangat-sangat perlukan sahabat walau seorang tapi aku tak perlukan seorang kawan baik yang sentiasa menganggap aku hak milik mereka. So not me.. huhu. Aku tak perlukan BFF tapi aku hanya perlukan sahabat dan rakan-rakan. Bukan aku nak cakap besar yang aku tak perlukan BFF tapi pada pandangan aku sendiri kalau aku ada BFF aku tak boleh buat apa yang dia harapkan. Daripada BFF aku terasa hati dengan perangai aku yang memanjang ungkal & selamba badak nie lebih baiklah aku tak perlu ada BFF. Bukan apa, aku tak nak BFF aku makan hati dgn perangai aku. Macam aku katakan sebelum nie. Aku sangat-sangat perlukan sahabat TAPI aku tak perlukan sahabat yang suka bertindak membuta tuli.. (harap sgt kau terasa bila baca entry nie....) 

Gambar hiasan semata-mata

Aku juga tak perlukan sahabat yang sentiasa mencari peluang untuk jatuhkan sahabat sendiri dan juga insan yang suka pecah belahkan sahabat sendiri. Busuk sungguh hati sahabat yang amalkan sikap macam tue. Banyak dugaan dalam berkawan nie. Kuat dengan tak kuat jer untuk kita berdepan dengan dugaan dalam berkawan. Hmmmm... kalau nak diceritakan pasal sahabat nie memang tak cukup 40 hari 40 malam. Cuma kita perlu berhati-hati dalam memilih kawan dan jaga perbatasan gurauan antara kita. Buang sikap iri hati, dengki, busuk hati dlm berkawan. Renung2kan  dan selamat beramal... ♡♥♡♥♡♥




Ikhlas dari,
Nadiah Samsudin

Saturday 1 June 2013

Dugaan dalam kehidupan...

Bismillah dan assalamualaikum pembaca semua..

Dah lama rasanya aku tak jenguk rumah kedua aku nie... Datang2 jenguk je terus buka cerita sedih... Dalam hidup nie mesti ada dugaan & cabaran hidup kan.. Ni layang aku hadapi sekarang... berhadapan dengan pelbagai macam jenis dugaan & cabaran hidup... Apa yang aku boleh buat sekarang sabar & sentiasa doa mohonAllah permudahkan perjalanan hidup aku sekeluarga...

28 May 2013: mak dimasukkan ke hospital disebabkan masalah dalaman dibahagian perut mak yang mula keras membatu. Pada mulanya doktor maklumkan fabroid mak mula membengkak sehingga 15cm so mak perlu pantauan doktor pakar. Dari ofis aku cepat2 settlekan kerja yang tgh buat & terus pergi hospital. Sampai je hospital mak sambut kedatangan aku dgn senyuman. Mak masih boleh senyum, ketawa, bergurau mcm biasa.Cuma mak mula hilang selera makan. Ayah teman mak dari pagi & aku tau ayah penat. Tambah pula ayah kena balik bandar penawar sebab nak amik barang2 mak. Kebetulan my sis ada dgn bf dia. So aku minta dia pergi belikan mak baby tomato & carrot. Mak perlu jaga makan sebab tahap gula dalam badan mak tinggi. So for the time being, mak kena kurangkan makan makanan yang tinggi gula. 

29 May 2013: tepat pukul 12.50pm aku terus gerak pergi hospital hantar kain batik kat mak. Sampai je kat hospital aku tgk mak mula bosan & nampak letih. Doktor pakar masih belum jumpa mak lagi. So aku decide utk teman mak sampai habis waktu melawat. Aku bawa mak turun bawah utk solat. Bila naik atas balik nurse pnggil mak & maklumkan doktor pakar panggil untuk buat ultrasound. Aku terus tunggu mak sampai habis buat ultrasound & decide utk tunggu sampai mak siap buat ultrasound. Dalam pukul 4.30pm nurse hantar mak balik ke katil. Mak perlukan rehat secukupnya. Mak masih senyum macam biasa. Tak lama lepas tue cerita apa yang doktor pakar maklumkan. Mak suspek cancer bukan fabroid. Doktor pakar perlu segera buang bendasing yang hidup dalam perut mak. Mak perlu jalani pembedahan untuk doktor buat ujian kat bemdasing tue. Aku terdiam bila mak mula ckp yentang cancer. Okay, on that time mak mula think negative & sedih. Mak cuba tutup rasa sedih dia tapi aku tau mak sedih dgr berita drpd doktor pakar. Mak mula pesan kalau dia meninggal nanti dia nak anak2 dan menantu mandikan jenazah dia. Ya Allah masa tue Allah je yg tau mcm mana perasaan aku. Aku kuatkan hati & tabahkan hati. Aku perlu kuat supaya mak kuat berdepan dgn penyakitnya. Aku tunggu sampai ayah datang hospital. Adik2 mula risau dgn keadaan mak. Abang & akk mula risau & maklumkan pada ayah mak nak balik johor. Mak tetap dgn pendirian dia. Abang tak boleh balik sbb mak tak izinkan. Mak tak nak anak2 susah sebab dia. Menitis air mata aku bila mak ckp mcm tue.

30 May 2013: hari ni mak buat scan untuk check kalau ada masalah lain dalam perut. Alhamdulillah mak takda masalah lain. Doktor maklumkan lagi sebulan mak kena buat pembedahan. Mak kena jaga gula dalam badan sebab mak ada kencing manis. Hari ni aku datang lambat jenguk mak sebab ayah ngn adik2 ada dgn mak dari pagi. Balik kerj aku terus pergi hospital. Mak masih macam biasa. Ketawa & gurau dengan anak2. 

31 May 2013: Waktu lunch aku terus ke hospital untuk jenguk mak. Memandangkan dalam masa yang sama aku kena pergi jumpa doktor pakar bedah mulut so aku decide utk jumpa doktor pakar bedah mulut. Lepas tue baru aku pergi jenguk mak. Bila aku pergi wad mak, aku tengok mak dah siap2 pavking barang untuk balik. Mak tunggu ayah dari pagi. Ayah tak dapat datang pagi sebab ayah kena balik bandar penawar atas urusan kerj dekat sekolah. So aku decide bawa mak balik dulu. Mak happy sangat dapat keluar hospital. Sebelum balik mak bagitau aku yang dia teringin sangat nak makan chicken chop. Aku pujuk mak kita makan lain kali je sbb mak baru je keluar dr hospital. Mak diam. Aku mula rasa serba salah & terus ajak mak makan subway sbb subway banyak sayur dari daging. Mak senyum panjang. Syukur mak dah discharge dari hospital. Moga mak sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan hidup. InsyaAllah.




                                                                                                   Nadiah Samsudin





Saturday 27 October 2012

Pavlova....

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua pembaca..

Happy weekends to me sebab aku dapat spent masa cuti aku dengan something yang berfaedah la..
Tak da la aku buang masa dengan mengadap lappy plus 24 jam mengadap tv...
Okay, before that aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua umat Islam di dunia ini. :)

Aku decide cuti raya korban nie aku nak balik Bandar Penawar disebabkan aku ada misi yang perlu dibuat..
Hahhhh...  bunyi macam suspen je kan... No laaaahhhh... 
Misi aku actually nak buat pavlova jer..
Aku ni peminat pavlova & am addicted with it....
So I decided to learn how to make pavlova.... Aiceh.. speaking london pulak aku ni kan... hehehe..
You know what, I did it!! Yeayyyy!!  
Congratulations to me because being able to make pavlova... weehuuuu....
I present you my pavlova... 




Actually on that day I already baked two pavlova... heee...
Seriously it's totally easy to make it...
Simple yang amat ok... 
By the way, I want to thanks to Kak Feeza & my sweet future sis in law for gave me the recipe.. 
Thank you so much dearies... Big hug for both of you... 
I learn to make pavlova from them and I will share the recipe with all of you...
Try to make it.. Then you will know how hard to make it... :)

Here, I give you step-by-step instructions.

Cook Time: 1 hour, 30 minutes

Ingredients:
4 large egg whites at room temperature
1 cup of custor sugar 
1 tsp of white vinegar
1/2 tsp of vanilla
1 cup of whipping cream
1 tsp of fresh lemon juice

Use fresh fruits like strawberries, grapes, kiwi fruit, passionfruits, bananas, blueberries and etc.

Preparation:

Preheat the oven to 140C & place the rack in the middle of the oven. Line baking tray with foil and draw a 7 inch circle on the foil with the blunt edge of a knife. Set aside

In a clean medium size metal bowl, beat the egg whites with a clean electric mixer on medium speed. beat until the whites form soft peaks.

Gently sprinkle the sugar into the egg whites, 1 teaspoon at a time. Don't just lump the sugar in the bowl and never stop beating the eggs until you finish the sugar. Your egg whites should now be glossy stiff peaks.

Sprinkle the cornstarch and the vinegar on the meringue and fold in gently with plastic spatula. Add the vanilla and gently fold the mixture again.

Now gently spread the meringue in the circle on the foil to make circular base. Make sure the edges of the meringue are slightly higher then the centre so you have a very well in the middle.

Bake the meringue for an about 1 hour and 30 minutes.
Turn the oven off and leave the door slightly to let the meringue cool completely.
Take the meringue out of the oven and remove it gently from foil and place on a plate.
Whip the cream with the vanilla until it form peaks and prepare the fruit.
Gently spread the cream to the top of meringue with spatula and arrange the fruits on top.

Here I show you some of ingredients that I used make pavlova.

The vinegar

 The whipping cream

Good luck! :)

Lot of Love,
Nadiah Samsudin






Tuesday 9 October 2012

Why Malaysian & Indonesian always get fighting???

Assalamualaikum & hello to all readers...

Nowadays we can see that Indonesian and Malaysian always get fighting with each other to defend their own country. Hmmm... everybody love and proud with their country as I am.. I do love my country and proud to be Malaysian. BUT why we always insult each other? WHY Indonesian always my country which is MALAYSIA & some Malaysian also do the same thing as Indonesian? I just don't get it. Are the people of Indonesia too envious and  too jealousy of the success achieved by Malaysia? If yes why don't you take it as a challenge. Don't keep insulting us but try to do something to ensure your country success as Malaysia. Yes, some of Malay customs came from Indonesia but we never stealing your work. Actually you should be proud if any other countries practice your culture. Come on Malaysian and Indonesian, open your mind and please change your mind set about others country. We need to study the history of  Indonesia and Malaysia. Do some research than you will get the answer. Some Indonesian keep saying Malaysia as MALING SIA & MALINGSIAL. That was so rude ok. Learn to respect others country and let's work together to develop the country and compete in the era of globalization. Please remember do not wait until the country re-colonized.

you should feel proud if any between the people of other countries to practice your culture.



Sincerely,
Nadiah Samsudin

Wednesday 3 October 2012

Adam Rayhan in the house!!

Adam Rayhan Bin Shairazi

Welcome Rayhan! there’s so much to see and do,
so much adventure waiting for you, time for fun
time to run, hope you will grow strong and happy, under our care and love ♥
 

Adam Rayhan is the first baby in our family.
Here some details about Adam Rayhan

Name: Adam Rayhan Bin Shairazi
Date of Birth: 29 September 2012
Place of Birth: Ampang Puteri Specialist
Time of Birth: 04.17 am
Weight: 3.01

New hero in Samsudin's family

 Like his father.. like father like son.. :)

Angah to be...

 

Sincerely,
Nadiah Samsudin


Sunday 8 July 2012

Bila SATU hati menjadi DUA....

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca... :)


Kalau kita tengok tajuk kat untuk topik kali nie mesti you all tertanya-tanya kan apa maksud disebalik tajuk yang aku buat tue... Hmm.. Bila 1 hati menjadi 2!..
Kenapa mesti satu hati hati menjadi dua?? Sedangkan kita selalu dengar orang lain selalu cakap 2 hati menjadi 1.. Which means kisah cinta mereka-mereka berakhir dengan kebahagiaan yang dibina.. Alhamdulillah... :)
Tapi kenapa pula aku buka topik macam nie kan.... 
Hmmmm... Aku percaya semua pembaca sedar yang tak semua kisah cinta yang terjalin antara si gadis dan si teruna akan berakhir dengan kebahagiaan.... Itu lah yang dimaksudkan dengan 1 hati menjadi 2. Scary kan.... Bila dah lama kita harungi semua suka duka dengan yang tersayang, tiba-tiba putus di tengah jalan..
Ada banyak sebab kenapa perkara macam nie berlaku...
Salah satu contoh apabila hati nie mula berubah kat seseorang yang pernah kita cintai dulu...
Kalau lah perkara macam nie berlaku, aku rasa kita janganlah nak bertindak secara melulu dan mengikut perasaan... Gunakan akal dalam membuat keputusan...
Hal-hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan nie tak boleh dibuat main.. Tak pasal nanti makan diri...
Berdosa kalau kita dok sakitkan hati orang lain atas kebahagiaan diri...
Aku sendiri tengah berhadapan dengan masalah macam nie
Kami dah pun merancang untuk mendirikan rumah tangga.. Tapi bila niat suci kami mula berputik di hati tiba-tiba tetamu yang tidak diundang ketuk pintu hati aku...
Ya Allah.. Hanya Allah je yang tau bertapa sebaknya aku bila insan yang aku kasihi dulu hadir dalam hidup aku semula... aku mula diamkan diri dan hanya menangis terkenangkan bakal tunang aku dan jejaka tersebut.
Aku manusia biasa yang tidak lari dalam membuat kesilapan...
Syukur Allah berikan jalan untuk aku dalam menyelesaikan konflik yang wujud dalam diri aku..
Aku mula berbincang dengan bakal tunangku..
Alhamdulillah dia memahami keadaan aku dan minta untuk aku berfikir sebaik mungkin dan buat keputusan terbaik untuk masa depan aku....
Sebak hati aku bila si dia memberi sepenuh kuasa kepada aku untuk membuat pilihan yang terbaik...
Aku fikir kebaikan dan keburukan kedua2 belah pihak...
Memang tak dinafikan terlalu besar perbezaan diantara mereka berdua.....
lagi sekali aku kusut dalam membuat keputusan.... Aku hanya mampu berdoa pada Allah untuk beri petunjuk pada aku.... Aku perlu buat keputusan yang baik...


Aku tak berniat untuk bertanyakan pandangan kawan-kawan sebabnya aku dah tau apa jawapan yang bakal aku terima....
Daripada aku dok sakit hati dengan diorang ada baiknya aku buat keputusan sendiri.... Dulu bila ada member2 aku dok cerita kat aku pasal hal nie aku dok gelak jer..sbb pada aku kalau da sah2 cinta sayang bagai dengan si kekasih tue buat apa nak dok lelaki lain kan..tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri.... amik kau! tepat!
Pikir punya pikir aku tetapkan hati dengan bakal tunang aku.. huhuhu... tapi puas la aku melalak bagai.. Mana tak nya.. kusut gila! Dua2 sayang.. tamak haloba betul aku nie.. hahaha...
Sebab kuat kenapa aku pilih dia sebab ISTIKHARAH! 
Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah....


So sesiapa yang mengalami nasib yang sama dengan aku nie.. Aku nasihatkan korang buat istikharah untuk dapatkan petunjuk dan fikirlah sebaik mungkin dalam membuat keputusan..
Jangan ikut emosi tapi ikut akal fikiran! 
Good Luck! :)