Sekarang nie trend pemakaian tudung menjadi bualan hangat diperkatakan setiap bibir khalifah-khalifah di muka bumi nie... Tapi ada satu trend gadis bertudung yang menarik perhatian aku nak kongsi dengan u all....
Trend yang aku maksudkan nie pasal "GADIS BERTUDUNG & SANGGUL UNTA"...
hahahahaha......SANGGUL UNTA???? so funny la...
Gambar hiasan semata-mata
Ok...gambar kat atas nie salah satu contoh 'sanggul unta' yang aku maksudkan..... Cantik ke kalau ada sanggul unta atas kepala???...Pelik ada la....
Ada orang cakap hukum memakai tudung dan bersanggul unta nie adalah HARAM....
Aku yang bukan pakar dalam bab hukum hakam nie ambil inisiatif yang terbaik untuk cari bukti yang kukuh...
So, aku try search kat Google tentang hadis-hadis yang berkaitan dengan sanggul unta nie & aku tertarik dengan dua hadis nie...
HADIS PERTAMA:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
HADIS KEDUA:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Kedua-dua hadis tersebut jelas menyatakan bahawa pemakaian sanggul unta ini adalah haram disisi agama Islam...
Aku pernah terbaca pandangan beberapa para ulama mengenai hukum memakai sanggul unta nie.... Terdapat seorang ulama yang mengatakan bahawa pemakaian sanggul unta nie berniatkan apa...Jika hanya untuk menunjukkan kecantikan kepada yang bukan mahram maka haramlah pemakaian sanggul unta....
Aku tak begitu arif dalam hukum hakam Islam.... Tetapi daripada hadis-hadis tersebut dapatlah aku fahami apakah hukum dalam pemakaian sanggul unta...
Sometime, semata-mata nak nampak cantik kita sanggup mengetepikan hukum agama demi kepuasan diri....
Kecantikan yang dikurniakan adalah datangnya dari Allah S.W.T... InsyaAllah...tanpa sanggul unta di atas kepala tidak menunjukkan hodohnya seseorang gadis malah lagi cantik dari yang bersanggul unta....
Katakan TAK NAK pada sanggul unta....
Sama-samalah kita bermuhasabah diri... Renung-renungkan dan selamat beramal!! :)



No comments:
Post a Comment