Dah lama rasanya aku tak jenguk rumah kedua aku nie... Datang2 jenguk je terus buka cerita sedih... Dalam hidup nie mesti ada dugaan & cabaran hidup kan.. Ni layang aku hadapi sekarang... berhadapan dengan pelbagai macam jenis dugaan & cabaran hidup... Apa yang aku boleh buat sekarang sabar & sentiasa doa mohonAllah permudahkan perjalanan hidup aku sekeluarga...
28 May 2013: mak dimasukkan ke hospital disebabkan masalah dalaman dibahagian perut mak yang mula keras membatu. Pada mulanya doktor maklumkan fabroid mak mula membengkak sehingga 15cm so mak perlu pantauan doktor pakar. Dari ofis aku cepat2 settlekan kerja yang tgh buat & terus pergi hospital. Sampai je hospital mak sambut kedatangan aku dgn senyuman. Mak masih boleh senyum, ketawa, bergurau mcm biasa.Cuma mak mula hilang selera makan. Ayah teman mak dari pagi & aku tau ayah penat. Tambah pula ayah kena balik bandar penawar sebab nak amik barang2 mak. Kebetulan my sis ada dgn bf dia. So aku minta dia pergi belikan mak baby tomato & carrot. Mak perlu jaga makan sebab tahap gula dalam badan mak tinggi. So for the time being, mak kena kurangkan makan makanan yang tinggi gula.
29 May 2013: tepat pukul 12.50pm aku terus gerak pergi hospital hantar kain batik kat mak. Sampai je kat hospital aku tgk mak mula bosan & nampak letih. Doktor pakar masih belum jumpa mak lagi. So aku decide utk teman mak sampai habis waktu melawat. Aku bawa mak turun bawah utk solat. Bila naik atas balik nurse pnggil mak & maklumkan doktor pakar panggil untuk buat ultrasound. Aku terus tunggu mak sampai habis buat ultrasound & decide utk tunggu sampai mak siap buat ultrasound. Dalam pukul 4.30pm nurse hantar mak balik ke katil. Mak perlukan rehat secukupnya. Mak masih senyum macam biasa. Tak lama lepas tue cerita apa yang doktor pakar maklumkan. Mak suspek cancer bukan fabroid. Doktor pakar perlu segera buang bendasing yang hidup dalam perut mak. Mak perlu jalani pembedahan untuk doktor buat ujian kat bemdasing tue. Aku terdiam bila mak mula ckp yentang cancer. Okay, on that time mak mula think negative & sedih. Mak cuba tutup rasa sedih dia tapi aku tau mak sedih dgr berita drpd doktor pakar. Mak mula pesan kalau dia meninggal nanti dia nak anak2 dan menantu mandikan jenazah dia. Ya Allah masa tue Allah je yg tau mcm mana perasaan aku. Aku kuatkan hati & tabahkan hati. Aku perlu kuat supaya mak kuat berdepan dgn penyakitnya. Aku tunggu sampai ayah datang hospital. Adik2 mula risau dgn keadaan mak. Abang & akk mula risau & maklumkan pada ayah mak nak balik johor. Mak tetap dgn pendirian dia. Abang tak boleh balik sbb mak tak izinkan. Mak tak nak anak2 susah sebab dia. Menitis air mata aku bila mak ckp mcm tue.
30 May 2013: hari ni mak buat scan untuk check kalau ada masalah lain dalam perut. Alhamdulillah mak takda masalah lain. Doktor maklumkan lagi sebulan mak kena buat pembedahan. Mak kena jaga gula dalam badan sebab mak ada kencing manis. Hari ni aku datang lambat jenguk mak sebab ayah ngn adik2 ada dgn mak dari pagi. Balik kerj aku terus pergi hospital. Mak masih macam biasa. Ketawa & gurau dengan anak2.
31 May 2013: Waktu lunch aku terus ke hospital untuk jenguk mak. Memandangkan dalam masa yang sama aku kena pergi jumpa doktor pakar bedah mulut so aku decide utk jumpa doktor pakar bedah mulut. Lepas tue baru aku pergi jenguk mak. Bila aku pergi wad mak, aku tengok mak dah siap2 pavking barang untuk balik. Mak tunggu ayah dari pagi. Ayah tak dapat datang pagi sebab ayah kena balik bandar penawar atas urusan kerj dekat sekolah. So aku decide bawa mak balik dulu. Mak happy sangat dapat keluar hospital. Sebelum balik mak bagitau aku yang dia teringin sangat nak makan chicken chop. Aku pujuk mak kita makan lain kali je sbb mak baru je keluar dr hospital. Mak diam. Aku mula rasa serba salah & terus ajak mak makan subway sbb subway banyak sayur dari daging. Mak senyum panjang. Syukur mak dah discharge dari hospital. Moga mak sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan hidup. InsyaAllah.
Nadiah Samsudin
No comments:
Post a Comment