Sunday, 23 June 2013

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Sungguh dik, akak TAK pernah memusuhi kau walau sebesar zarah sekalipun.. Tapi jujur akak katakan, akak tersangatlah TIDAK mengerti kenapa kau terlalu memusuhi akak sedangkan akak TAK pernah mengganggu hidup kau malah TAK mengambil insan yang kau sayang.... Adik, akak sedar diri akak penuh dengan kelemahan dan kekhilafan diri. TAPI kau perlu ingat, diri kau juga terlalu banyak lemahnya. Tak perlu kau nak mendabik dada dan mendongak langit yang begitu tinggi kedudukannya dik..

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Adik, akak bukanlah seorang insan yang berumur 7 atau 8 tahun yang perlu bergaduh dek alasan rampas-merampas kawan.. Akak dah cukup dewasa dan matang untuk berfikir dengan baik. Jujur akak katakan, akak seorang manusia biasa yang memerlukan kawan tetapi akak tak perlu bergaduh sesama adik utk rebutkan seorang kawan. Cukuplah sekadar ika, aza, eda, iza dll kawan yang akak ada adik. 

Adik,

Akak juga bukan seorang insan yang memilih kawan mengikut darjat, tahap pendidikan dan kecantikan. I dont mind at all. Cukuplah sekadar insan yang bergelar sahabat tu punyai hati yang ikhlas dan jujur bersama akak. Adik, jangan kau siksa diri kau utk jatuhkan akak dgn menggunakan kawan sebagai umpan. Jangan jadikan kawan sebagai umpan menangkap musuh, jangan jadikan kawan sebagai bahan ujian untuk jatuhkan akak.. usaha kau sia-sia dik.

Ke hadapan adik yang memusuhi aku...

Akak sedar terlalu banyak rancangan jahat yang kau buat untuk jatuhkan akak. Terlalu banyak benda yang buat kau benci pada akak. Suka akak ingatkan adik, setiap manusia Allah dah kurniakan kelemahan dan kelebihan dalam diri kita. Tak perlu kau iri hati dan dengki dengan kelebihan akak dik. Kau juga punyai kelebihan yang tersendiri. Hentikan lah rancangan jahat kau dik.. Kau hanya menyeksa diri kau sedangkan ianya tak berkesan pada akak langsung. Rahsianya dik, akak berpegang pada hukum hakam Allah. Setiap apa yang kita buat kat dunia ni samada baik atau jahat, kita tetap akan dapat balasannya. Hukum Allah itu pasti! Semoga kau mendapat hidayah Allah S.W.T... InsyaAllah..


P/s: bezakan adik dan darah dagingku.. sesungguhnya darah dagingku penyeri hidupku... "adik" bukan lah dari kalangan adik2 kandungku...




  1. Akak yang kau musuhi,
  2. Nadiah Samsudin

Tuesday, 4 June 2013

Aku perlukan sahabat... TAPI........

Bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum & salam sejahtera saya ucapkan pada pembaca...

SAHABAT... Apa yang dimaksudkan dengan sahabat? Aku percaya semua orang perlukan sahabat, kawan, teman & rakan dalam hidup masing-masing. Aku juga perlukan sahabat dalam hidup aku. Sebelum aku membebel lagi panjang biar aku jelaskan pada semua definasi sahabat. Sahabat merupakan orang yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri kita tetapi tidak mempunyai pertalian darah antara kita. Dengan kata lain, sahabat bukanlah dikalangan ahli keluarga kita tetapi insan yang boleh memberi manfaat dan kebaikkan pada diri kita & kita juga begitu. Tetapi ia tidak bermakna hidup kita bergantungan secara terus antara satu sama lain. Bila erti sahabat dikaitkan dengan memberi manfaat kepada kita itu juga tak bermakna kita boleh mempergunakan atau memperalatkan sahabat untuk kepentingan diri sendiri. (Harap difahami maksudnya). Aku percaya ramai dikalangan kita yang suka dan sentiasa mengambil kesempatan terhadap sahabat masing-masing dengan alasan itulah gunanya sahabat. (Alasan yang tak masuk dek akal.) Aku paling pantang kalau jumpa orang yang macam nie.

Jujur aku katakan, aku sangat-sangat perlukan sahabat walau seorang tapi aku tak perlukan seorang kawan baik yang sentiasa menganggap aku hak milik mereka. So not me.. huhu. Aku tak perlukan BFF tapi aku hanya perlukan sahabat dan rakan-rakan. Bukan aku nak cakap besar yang aku tak perlukan BFF tapi pada pandangan aku sendiri kalau aku ada BFF aku tak boleh buat apa yang dia harapkan. Daripada BFF aku terasa hati dengan perangai aku yang memanjang ungkal & selamba badak nie lebih baiklah aku tak perlu ada BFF. Bukan apa, aku tak nak BFF aku makan hati dgn perangai aku. Macam aku katakan sebelum nie. Aku sangat-sangat perlukan sahabat TAPI aku tak perlukan sahabat yang suka bertindak membuta tuli.. (harap sgt kau terasa bila baca entry nie....) 

Gambar hiasan semata-mata

Aku juga tak perlukan sahabat yang sentiasa mencari peluang untuk jatuhkan sahabat sendiri dan juga insan yang suka pecah belahkan sahabat sendiri. Busuk sungguh hati sahabat yang amalkan sikap macam tue. Banyak dugaan dalam berkawan nie. Kuat dengan tak kuat jer untuk kita berdepan dengan dugaan dalam berkawan. Hmmmm... kalau nak diceritakan pasal sahabat nie memang tak cukup 40 hari 40 malam. Cuma kita perlu berhati-hati dalam memilih kawan dan jaga perbatasan gurauan antara kita. Buang sikap iri hati, dengki, busuk hati dlm berkawan. Renung2kan  dan selamat beramal... ♡♥♡♥♡♥




Ikhlas dari,
Nadiah Samsudin

Saturday, 1 June 2013

Dugaan dalam kehidupan...

Bismillah dan assalamualaikum pembaca semua..

Dah lama rasanya aku tak jenguk rumah kedua aku nie... Datang2 jenguk je terus buka cerita sedih... Dalam hidup nie mesti ada dugaan & cabaran hidup kan.. Ni layang aku hadapi sekarang... berhadapan dengan pelbagai macam jenis dugaan & cabaran hidup... Apa yang aku boleh buat sekarang sabar & sentiasa doa mohonAllah permudahkan perjalanan hidup aku sekeluarga...

28 May 2013: mak dimasukkan ke hospital disebabkan masalah dalaman dibahagian perut mak yang mula keras membatu. Pada mulanya doktor maklumkan fabroid mak mula membengkak sehingga 15cm so mak perlu pantauan doktor pakar. Dari ofis aku cepat2 settlekan kerja yang tgh buat & terus pergi hospital. Sampai je hospital mak sambut kedatangan aku dgn senyuman. Mak masih boleh senyum, ketawa, bergurau mcm biasa.Cuma mak mula hilang selera makan. Ayah teman mak dari pagi & aku tau ayah penat. Tambah pula ayah kena balik bandar penawar sebab nak amik barang2 mak. Kebetulan my sis ada dgn bf dia. So aku minta dia pergi belikan mak baby tomato & carrot. Mak perlu jaga makan sebab tahap gula dalam badan mak tinggi. So for the time being, mak kena kurangkan makan makanan yang tinggi gula. 

29 May 2013: tepat pukul 12.50pm aku terus gerak pergi hospital hantar kain batik kat mak. Sampai je kat hospital aku tgk mak mula bosan & nampak letih. Doktor pakar masih belum jumpa mak lagi. So aku decide utk teman mak sampai habis waktu melawat. Aku bawa mak turun bawah utk solat. Bila naik atas balik nurse pnggil mak & maklumkan doktor pakar panggil untuk buat ultrasound. Aku terus tunggu mak sampai habis buat ultrasound & decide utk tunggu sampai mak siap buat ultrasound. Dalam pukul 4.30pm nurse hantar mak balik ke katil. Mak perlukan rehat secukupnya. Mak masih senyum macam biasa. Tak lama lepas tue cerita apa yang doktor pakar maklumkan. Mak suspek cancer bukan fabroid. Doktor pakar perlu segera buang bendasing yang hidup dalam perut mak. Mak perlu jalani pembedahan untuk doktor buat ujian kat bemdasing tue. Aku terdiam bila mak mula ckp yentang cancer. Okay, on that time mak mula think negative & sedih. Mak cuba tutup rasa sedih dia tapi aku tau mak sedih dgr berita drpd doktor pakar. Mak mula pesan kalau dia meninggal nanti dia nak anak2 dan menantu mandikan jenazah dia. Ya Allah masa tue Allah je yg tau mcm mana perasaan aku. Aku kuatkan hati & tabahkan hati. Aku perlu kuat supaya mak kuat berdepan dgn penyakitnya. Aku tunggu sampai ayah datang hospital. Adik2 mula risau dgn keadaan mak. Abang & akk mula risau & maklumkan pada ayah mak nak balik johor. Mak tetap dgn pendirian dia. Abang tak boleh balik sbb mak tak izinkan. Mak tak nak anak2 susah sebab dia. Menitis air mata aku bila mak ckp mcm tue.

30 May 2013: hari ni mak buat scan untuk check kalau ada masalah lain dalam perut. Alhamdulillah mak takda masalah lain. Doktor maklumkan lagi sebulan mak kena buat pembedahan. Mak kena jaga gula dalam badan sebab mak ada kencing manis. Hari ni aku datang lambat jenguk mak sebab ayah ngn adik2 ada dgn mak dari pagi. Balik kerj aku terus pergi hospital. Mak masih macam biasa. Ketawa & gurau dengan anak2. 

31 May 2013: Waktu lunch aku terus ke hospital untuk jenguk mak. Memandangkan dalam masa yang sama aku kena pergi jumpa doktor pakar bedah mulut so aku decide utk jumpa doktor pakar bedah mulut. Lepas tue baru aku pergi jenguk mak. Bila aku pergi wad mak, aku tengok mak dah siap2 pavking barang untuk balik. Mak tunggu ayah dari pagi. Ayah tak dapat datang pagi sebab ayah kena balik bandar penawar atas urusan kerj dekat sekolah. So aku decide bawa mak balik dulu. Mak happy sangat dapat keluar hospital. Sebelum balik mak bagitau aku yang dia teringin sangat nak makan chicken chop. Aku pujuk mak kita makan lain kali je sbb mak baru je keluar dr hospital. Mak diam. Aku mula rasa serba salah & terus ajak mak makan subway sbb subway banyak sayur dari daging. Mak senyum panjang. Syukur mak dah discharge dari hospital. Moga mak sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan hidup. InsyaAllah.




                                                                                                   Nadiah Samsudin