Sunday, 23 June 2013

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Sungguh dik, akak TAK pernah memusuhi kau walau sebesar zarah sekalipun.. Tapi jujur akak katakan, akak tersangatlah TIDAK mengerti kenapa kau terlalu memusuhi akak sedangkan akak TAK pernah mengganggu hidup kau malah TAK mengambil insan yang kau sayang.... Adik, akak sedar diri akak penuh dengan kelemahan dan kekhilafan diri. TAPI kau perlu ingat, diri kau juga terlalu banyak lemahnya. Tak perlu kau nak mendabik dada dan mendongak langit yang begitu tinggi kedudukannya dik..

Ke hadapan adik yang memusuhi aku....

Adik, akak bukanlah seorang insan yang berumur 7 atau 8 tahun yang perlu bergaduh dek alasan rampas-merampas kawan.. Akak dah cukup dewasa dan matang untuk berfikir dengan baik. Jujur akak katakan, akak seorang manusia biasa yang memerlukan kawan tetapi akak tak perlu bergaduh sesama adik utk rebutkan seorang kawan. Cukuplah sekadar ika, aza, eda, iza dll kawan yang akak ada adik. 

Adik,

Akak juga bukan seorang insan yang memilih kawan mengikut darjat, tahap pendidikan dan kecantikan. I dont mind at all. Cukuplah sekadar insan yang bergelar sahabat tu punyai hati yang ikhlas dan jujur bersama akak. Adik, jangan kau siksa diri kau utk jatuhkan akak dgn menggunakan kawan sebagai umpan. Jangan jadikan kawan sebagai umpan menangkap musuh, jangan jadikan kawan sebagai bahan ujian untuk jatuhkan akak.. usaha kau sia-sia dik.

Ke hadapan adik yang memusuhi aku...

Akak sedar terlalu banyak rancangan jahat yang kau buat untuk jatuhkan akak. Terlalu banyak benda yang buat kau benci pada akak. Suka akak ingatkan adik, setiap manusia Allah dah kurniakan kelemahan dan kelebihan dalam diri kita. Tak perlu kau iri hati dan dengki dengan kelebihan akak dik. Kau juga punyai kelebihan yang tersendiri. Hentikan lah rancangan jahat kau dik.. Kau hanya menyeksa diri kau sedangkan ianya tak berkesan pada akak langsung. Rahsianya dik, akak berpegang pada hukum hakam Allah. Setiap apa yang kita buat kat dunia ni samada baik atau jahat, kita tetap akan dapat balasannya. Hukum Allah itu pasti! Semoga kau mendapat hidayah Allah S.W.T... InsyaAllah..


P/s: bezakan adik dan darah dagingku.. sesungguhnya darah dagingku penyeri hidupku... "adik" bukan lah dari kalangan adik2 kandungku...




  1. Akak yang kau musuhi,
  2. Nadiah Samsudin

Tuesday, 4 June 2013

Aku perlukan sahabat... TAPI........

Bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum & salam sejahtera saya ucapkan pada pembaca...

SAHABAT... Apa yang dimaksudkan dengan sahabat? Aku percaya semua orang perlukan sahabat, kawan, teman & rakan dalam hidup masing-masing. Aku juga perlukan sahabat dalam hidup aku. Sebelum aku membebel lagi panjang biar aku jelaskan pada semua definasi sahabat. Sahabat merupakan orang yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri kita tetapi tidak mempunyai pertalian darah antara kita. Dengan kata lain, sahabat bukanlah dikalangan ahli keluarga kita tetapi insan yang boleh memberi manfaat dan kebaikkan pada diri kita & kita juga begitu. Tetapi ia tidak bermakna hidup kita bergantungan secara terus antara satu sama lain. Bila erti sahabat dikaitkan dengan memberi manfaat kepada kita itu juga tak bermakna kita boleh mempergunakan atau memperalatkan sahabat untuk kepentingan diri sendiri. (Harap difahami maksudnya). Aku percaya ramai dikalangan kita yang suka dan sentiasa mengambil kesempatan terhadap sahabat masing-masing dengan alasan itulah gunanya sahabat. (Alasan yang tak masuk dek akal.) Aku paling pantang kalau jumpa orang yang macam nie.

Jujur aku katakan, aku sangat-sangat perlukan sahabat walau seorang tapi aku tak perlukan seorang kawan baik yang sentiasa menganggap aku hak milik mereka. So not me.. huhu. Aku tak perlukan BFF tapi aku hanya perlukan sahabat dan rakan-rakan. Bukan aku nak cakap besar yang aku tak perlukan BFF tapi pada pandangan aku sendiri kalau aku ada BFF aku tak boleh buat apa yang dia harapkan. Daripada BFF aku terasa hati dengan perangai aku yang memanjang ungkal & selamba badak nie lebih baiklah aku tak perlu ada BFF. Bukan apa, aku tak nak BFF aku makan hati dgn perangai aku. Macam aku katakan sebelum nie. Aku sangat-sangat perlukan sahabat TAPI aku tak perlukan sahabat yang suka bertindak membuta tuli.. (harap sgt kau terasa bila baca entry nie....) 

Gambar hiasan semata-mata

Aku juga tak perlukan sahabat yang sentiasa mencari peluang untuk jatuhkan sahabat sendiri dan juga insan yang suka pecah belahkan sahabat sendiri. Busuk sungguh hati sahabat yang amalkan sikap macam tue. Banyak dugaan dalam berkawan nie. Kuat dengan tak kuat jer untuk kita berdepan dengan dugaan dalam berkawan. Hmmmm... kalau nak diceritakan pasal sahabat nie memang tak cukup 40 hari 40 malam. Cuma kita perlu berhati-hati dalam memilih kawan dan jaga perbatasan gurauan antara kita. Buang sikap iri hati, dengki, busuk hati dlm berkawan. Renung2kan  dan selamat beramal... ♡♥♡♥♡♥




Ikhlas dari,
Nadiah Samsudin

Saturday, 1 June 2013

Dugaan dalam kehidupan...

Bismillah dan assalamualaikum pembaca semua..

Dah lama rasanya aku tak jenguk rumah kedua aku nie... Datang2 jenguk je terus buka cerita sedih... Dalam hidup nie mesti ada dugaan & cabaran hidup kan.. Ni layang aku hadapi sekarang... berhadapan dengan pelbagai macam jenis dugaan & cabaran hidup... Apa yang aku boleh buat sekarang sabar & sentiasa doa mohonAllah permudahkan perjalanan hidup aku sekeluarga...

28 May 2013: mak dimasukkan ke hospital disebabkan masalah dalaman dibahagian perut mak yang mula keras membatu. Pada mulanya doktor maklumkan fabroid mak mula membengkak sehingga 15cm so mak perlu pantauan doktor pakar. Dari ofis aku cepat2 settlekan kerja yang tgh buat & terus pergi hospital. Sampai je hospital mak sambut kedatangan aku dgn senyuman. Mak masih boleh senyum, ketawa, bergurau mcm biasa.Cuma mak mula hilang selera makan. Ayah teman mak dari pagi & aku tau ayah penat. Tambah pula ayah kena balik bandar penawar sebab nak amik barang2 mak. Kebetulan my sis ada dgn bf dia. So aku minta dia pergi belikan mak baby tomato & carrot. Mak perlu jaga makan sebab tahap gula dalam badan mak tinggi. So for the time being, mak kena kurangkan makan makanan yang tinggi gula. 

29 May 2013: tepat pukul 12.50pm aku terus gerak pergi hospital hantar kain batik kat mak. Sampai je kat hospital aku tgk mak mula bosan & nampak letih. Doktor pakar masih belum jumpa mak lagi. So aku decide utk teman mak sampai habis waktu melawat. Aku bawa mak turun bawah utk solat. Bila naik atas balik nurse pnggil mak & maklumkan doktor pakar panggil untuk buat ultrasound. Aku terus tunggu mak sampai habis buat ultrasound & decide utk tunggu sampai mak siap buat ultrasound. Dalam pukul 4.30pm nurse hantar mak balik ke katil. Mak perlukan rehat secukupnya. Mak masih senyum macam biasa. Tak lama lepas tue cerita apa yang doktor pakar maklumkan. Mak suspek cancer bukan fabroid. Doktor pakar perlu segera buang bendasing yang hidup dalam perut mak. Mak perlu jalani pembedahan untuk doktor buat ujian kat bemdasing tue. Aku terdiam bila mak mula ckp yentang cancer. Okay, on that time mak mula think negative & sedih. Mak cuba tutup rasa sedih dia tapi aku tau mak sedih dgr berita drpd doktor pakar. Mak mula pesan kalau dia meninggal nanti dia nak anak2 dan menantu mandikan jenazah dia. Ya Allah masa tue Allah je yg tau mcm mana perasaan aku. Aku kuatkan hati & tabahkan hati. Aku perlu kuat supaya mak kuat berdepan dgn penyakitnya. Aku tunggu sampai ayah datang hospital. Adik2 mula risau dgn keadaan mak. Abang & akk mula risau & maklumkan pada ayah mak nak balik johor. Mak tetap dgn pendirian dia. Abang tak boleh balik sbb mak tak izinkan. Mak tak nak anak2 susah sebab dia. Menitis air mata aku bila mak ckp mcm tue.

30 May 2013: hari ni mak buat scan untuk check kalau ada masalah lain dalam perut. Alhamdulillah mak takda masalah lain. Doktor maklumkan lagi sebulan mak kena buat pembedahan. Mak kena jaga gula dalam badan sebab mak ada kencing manis. Hari ni aku datang lambat jenguk mak sebab ayah ngn adik2 ada dgn mak dari pagi. Balik kerj aku terus pergi hospital. Mak masih macam biasa. Ketawa & gurau dengan anak2. 

31 May 2013: Waktu lunch aku terus ke hospital untuk jenguk mak. Memandangkan dalam masa yang sama aku kena pergi jumpa doktor pakar bedah mulut so aku decide utk jumpa doktor pakar bedah mulut. Lepas tue baru aku pergi jenguk mak. Bila aku pergi wad mak, aku tengok mak dah siap2 pavking barang untuk balik. Mak tunggu ayah dari pagi. Ayah tak dapat datang pagi sebab ayah kena balik bandar penawar atas urusan kerj dekat sekolah. So aku decide bawa mak balik dulu. Mak happy sangat dapat keluar hospital. Sebelum balik mak bagitau aku yang dia teringin sangat nak makan chicken chop. Aku pujuk mak kita makan lain kali je sbb mak baru je keluar dr hospital. Mak diam. Aku mula rasa serba salah & terus ajak mak makan subway sbb subway banyak sayur dari daging. Mak senyum panjang. Syukur mak dah discharge dari hospital. Moga mak sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan hidup. InsyaAllah.




                                                                                                   Nadiah Samsudin





Saturday, 27 October 2012

Pavlova....

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua pembaca..

Happy weekends to me sebab aku dapat spent masa cuti aku dengan something yang berfaedah la..
Tak da la aku buang masa dengan mengadap lappy plus 24 jam mengadap tv...
Okay, before that aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua umat Islam di dunia ini. :)

Aku decide cuti raya korban nie aku nak balik Bandar Penawar disebabkan aku ada misi yang perlu dibuat..
Hahhhh...  bunyi macam suspen je kan... No laaaahhhh... 
Misi aku actually nak buat pavlova jer..
Aku ni peminat pavlova & am addicted with it....
So I decided to learn how to make pavlova.... Aiceh.. speaking london pulak aku ni kan... hehehe..
You know what, I did it!! Yeayyyy!!  
Congratulations to me because being able to make pavlova... weehuuuu....
I present you my pavlova... 




Actually on that day I already baked two pavlova... heee...
Seriously it's totally easy to make it...
Simple yang amat ok... 
By the way, I want to thanks to Kak Feeza & my sweet future sis in law for gave me the recipe.. 
Thank you so much dearies... Big hug for both of you... 
I learn to make pavlova from them and I will share the recipe with all of you...
Try to make it.. Then you will know how hard to make it... :)

Here, I give you step-by-step instructions.

Cook Time: 1 hour, 30 minutes

Ingredients:
4 large egg whites at room temperature
1 cup of custor sugar 
1 tsp of white vinegar
1/2 tsp of vanilla
1 cup of whipping cream
1 tsp of fresh lemon juice

Use fresh fruits like strawberries, grapes, kiwi fruit, passionfruits, bananas, blueberries and etc.

Preparation:

Preheat the oven to 140C & place the rack in the middle of the oven. Line baking tray with foil and draw a 7 inch circle on the foil with the blunt edge of a knife. Set aside

In a clean medium size metal bowl, beat the egg whites with a clean electric mixer on medium speed. beat until the whites form soft peaks.

Gently sprinkle the sugar into the egg whites, 1 teaspoon at a time. Don't just lump the sugar in the bowl and never stop beating the eggs until you finish the sugar. Your egg whites should now be glossy stiff peaks.

Sprinkle the cornstarch and the vinegar on the meringue and fold in gently with plastic spatula. Add the vanilla and gently fold the mixture again.

Now gently spread the meringue in the circle on the foil to make circular base. Make sure the edges of the meringue are slightly higher then the centre so you have a very well in the middle.

Bake the meringue for an about 1 hour and 30 minutes.
Turn the oven off and leave the door slightly to let the meringue cool completely.
Take the meringue out of the oven and remove it gently from foil and place on a plate.
Whip the cream with the vanilla until it form peaks and prepare the fruit.
Gently spread the cream to the top of meringue with spatula and arrange the fruits on top.

Here I show you some of ingredients that I used make pavlova.

The vinegar

 The whipping cream

Good luck! :)

Lot of Love,
Nadiah Samsudin






Tuesday, 9 October 2012

Why Malaysian & Indonesian always get fighting???

Assalamualaikum & hello to all readers...

Nowadays we can see that Indonesian and Malaysian always get fighting with each other to defend their own country. Hmmm... everybody love and proud with their country as I am.. I do love my country and proud to be Malaysian. BUT why we always insult each other? WHY Indonesian always my country which is MALAYSIA & some Malaysian also do the same thing as Indonesian? I just don't get it. Are the people of Indonesia too envious and  too jealousy of the success achieved by Malaysia? If yes why don't you take it as a challenge. Don't keep insulting us but try to do something to ensure your country success as Malaysia. Yes, some of Malay customs came from Indonesia but we never stealing your work. Actually you should be proud if any other countries practice your culture. Come on Malaysian and Indonesian, open your mind and please change your mind set about others country. We need to study the history of  Indonesia and Malaysia. Do some research than you will get the answer. Some Indonesian keep saying Malaysia as MALING SIA & MALINGSIAL. That was so rude ok. Learn to respect others country and let's work together to develop the country and compete in the era of globalization. Please remember do not wait until the country re-colonized.

you should feel proud if any between the people of other countries to practice your culture.



Sincerely,
Nadiah Samsudin

Wednesday, 3 October 2012

Adam Rayhan in the house!!

Adam Rayhan Bin Shairazi

Welcome Rayhan! there’s so much to see and do,
so much adventure waiting for you, time for fun
time to run, hope you will grow strong and happy, under our care and love ♥
 

Adam Rayhan is the first baby in our family.
Here some details about Adam Rayhan

Name: Adam Rayhan Bin Shairazi
Date of Birth: 29 September 2012
Place of Birth: Ampang Puteri Specialist
Time of Birth: 04.17 am
Weight: 3.01

New hero in Samsudin's family

 Like his father.. like father like son.. :)

Angah to be...

 

Sincerely,
Nadiah Samsudin


Sunday, 8 July 2012

Bila SATU hati menjadi DUA....

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca... :)


Kalau kita tengok tajuk kat untuk topik kali nie mesti you all tertanya-tanya kan apa maksud disebalik tajuk yang aku buat tue... Hmm.. Bila 1 hati menjadi 2!..
Kenapa mesti satu hati hati menjadi dua?? Sedangkan kita selalu dengar orang lain selalu cakap 2 hati menjadi 1.. Which means kisah cinta mereka-mereka berakhir dengan kebahagiaan yang dibina.. Alhamdulillah... :)
Tapi kenapa pula aku buka topik macam nie kan.... 
Hmmmm... Aku percaya semua pembaca sedar yang tak semua kisah cinta yang terjalin antara si gadis dan si teruna akan berakhir dengan kebahagiaan.... Itu lah yang dimaksudkan dengan 1 hati menjadi 2. Scary kan.... Bila dah lama kita harungi semua suka duka dengan yang tersayang, tiba-tiba putus di tengah jalan..
Ada banyak sebab kenapa perkara macam nie berlaku...
Salah satu contoh apabila hati nie mula berubah kat seseorang yang pernah kita cintai dulu...
Kalau lah perkara macam nie berlaku, aku rasa kita janganlah nak bertindak secara melulu dan mengikut perasaan... Gunakan akal dalam membuat keputusan...
Hal-hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan nie tak boleh dibuat main.. Tak pasal nanti makan diri...
Berdosa kalau kita dok sakitkan hati orang lain atas kebahagiaan diri...
Aku sendiri tengah berhadapan dengan masalah macam nie
Kami dah pun merancang untuk mendirikan rumah tangga.. Tapi bila niat suci kami mula berputik di hati tiba-tiba tetamu yang tidak diundang ketuk pintu hati aku...
Ya Allah.. Hanya Allah je yang tau bertapa sebaknya aku bila insan yang aku kasihi dulu hadir dalam hidup aku semula... aku mula diamkan diri dan hanya menangis terkenangkan bakal tunang aku dan jejaka tersebut.
Aku manusia biasa yang tidak lari dalam membuat kesilapan...
Syukur Allah berikan jalan untuk aku dalam menyelesaikan konflik yang wujud dalam diri aku..
Aku mula berbincang dengan bakal tunangku..
Alhamdulillah dia memahami keadaan aku dan minta untuk aku berfikir sebaik mungkin dan buat keputusan terbaik untuk masa depan aku....
Sebak hati aku bila si dia memberi sepenuh kuasa kepada aku untuk membuat pilihan yang terbaik...
Aku fikir kebaikan dan keburukan kedua2 belah pihak...
Memang tak dinafikan terlalu besar perbezaan diantara mereka berdua.....
lagi sekali aku kusut dalam membuat keputusan.... Aku hanya mampu berdoa pada Allah untuk beri petunjuk pada aku.... Aku perlu buat keputusan yang baik...


Aku tak berniat untuk bertanyakan pandangan kawan-kawan sebabnya aku dah tau apa jawapan yang bakal aku terima....
Daripada aku dok sakit hati dengan diorang ada baiknya aku buat keputusan sendiri.... Dulu bila ada member2 aku dok cerita kat aku pasal hal nie aku dok gelak jer..sbb pada aku kalau da sah2 cinta sayang bagai dengan si kekasih tue buat apa nak dok lelaki lain kan..tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri.... amik kau! tepat!
Pikir punya pikir aku tetapkan hati dengan bakal tunang aku.. huhuhu... tapi puas la aku melalak bagai.. Mana tak nya.. kusut gila! Dua2 sayang.. tamak haloba betul aku nie.. hahaha...
Sebab kuat kenapa aku pilih dia sebab ISTIKHARAH! 
Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah....


So sesiapa yang mengalami nasib yang sama dengan aku nie.. Aku nasihatkan korang buat istikharah untuk dapatkan petunjuk dan fikirlah sebaik mungkin dalam membuat keputusan..
Jangan ikut emosi tapi ikut akal fikiran! 
Good Luck! :)

Tuesday, 3 July 2012

9 Ciri-ciri Wanita Idaman lelaki

Keperibadian wanita yang baik menjadi idaman lelaki... :)

Assalamualaikum & salam ukhuwah buat semua pembaca... :)

Syukur Alhamdulillah aku masih bernafas hari nie dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan onak duri. Aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana beri peluang kepada ku untuk terus memperbaiki diri ke arah kebaikan. Perjalanan hidupku berjalan seperti biasa walau berhadapan dengan pelbagai masalah.
Alhamdulillah, aku dapat atasinya dengan baik dan berkhemah...

Hmmm...ok..kita berbalik kepangkal jalan.. :) Actually aku ada terbaca satu artikel tentang ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.. so...ada baiknya kalau aku berkongsi ilmu yang ada bersama pembaca semua.... Jom... kita lihat 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki...

9 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI




1. Berpegang kepada Agama
2. Kecantikan dalaman
3. Manja
4. Pandai menjaga kecantikan
5. Berakhlak mulia
6. Tidak mempamerkan keseksian
7. Tidak cerewet
8. Memahami lelaki
9. Sejuk mata memandang

Berikut merupakan ciri-ciri wanita idaman lelaki.. Andai berkesampatan akan aku kupaskan setiap ciri-ciri wanita tersebut.. InsyaAllah... Sesungguhnya wanita bagaikan permata yang berharga jika mempunyai keperibadian yang mulia.. Sama-samalah kita memartabatkan maruah seorang wanita serta keperibadian wanita. InsyaAllah, kelak suatu hari nanti kita dipertemukan dengan lelaki yang soleh dan berperwatakan baik.. InsyaAllah.. :)





May Allah help find your answer... :')

Assalamualaikum & Hello to all reader's & followers...



It's been a long time I haven't update my blog.. I am quit busy with my studies & works..
According to the title above I really want to scream loudly and say I BELIEVE WITH ALLAH!!! :') Yes I am.... I LOVE ALLAH.... He gave me a lot of  challenges... why????

Because He LOVE me...
Because He REMEMBER me...
Because He ALWAYS BE WITH me...

Ya Allah..please give me a lot of strength to face Your challenges...
I need to be strong ya Allah.....
Please show me the right path......
Please give me a happiness in my life..... 

Mummy always said "Don't forget to make doa' to Allah.." , "Do not leave a prayer.."
"Don't forget to read Quran...",  "Allah knows everything.."
"Ask anything from Allah..." "Remember, Allah always be with you.."
Thank you mummy... I will do my best for my future....






Tuesday, 10 April 2012

True Love Stories Never Have Endings..

Whatever our souls are made of, his and mine are the same...(˘ڡ˘)

My dear hunn,
Please don't say you love me unless you really mean it, because i might do something crazy like believe it..

When two people are meant for each other, no time is too long, no distance is too far, and no one cancan ever tear them apart..


Love is composed of a single soul inhabiting two bodies..  (ʃƪ˘˘ﻬ)

Hunn.....
I love you, not only for what you are but for what when I am with you.. Suddenly I can't think clearly and I am getting sad while thinking of you.. Hunn.. you such a nice guy.. You are exactly like daddy who always be patient with me... Take care of me.... You always be with me when I need you... You always lend me your shoulder when I am crying... You always cheer for me when I am not in a good mood.. You always take care of me when I am getting sick... You always be my side when I am happy and sad... You are meant to me... (˘⌣˘)ε˘`) ♥

Dear Allah, please don't take him from me... Give us happiness and chance to live together to prove our love.. Please protect our love from Syaitan...  Ameen...

Everybody are deserve to get love from anybody.. Find our love to live happily... I wish I could be your wife.. I am able to take care of you and show my love to you.. I hope one day i could do all those kind of things in my life... One day... -(‾▿‾)/


 Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own.... ♥♥♥~~


Grow old with me! The best is yet to be... ๑ˆ⌣ˆ๑



Sincerely,
 ~nadia manshi~

Monday, 9 April 2012

Kenyataan Zed Zaidi yang TAK berasas!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... :)

Dah terlalu lama aku tinggalkan entry nie sampaikan penuh sawang-sawang di dalam entry sendiri... Kekangan masa membuatkan aku lupa yang aku masih ada blog yang perlukan perhatian.. (ayat skema dah keluar.. haha) mmmm..... ok straight to the point... Actually kali nie aku story mory pasal kenyataan Zed Zaidi yang pada aku tak masuk dek akal & tak berasas langsung! come on la Zed.... open your mind & use ur brain before you want to talk.. "AKU LEBIH SUKA JIKA RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG! TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA & BLA.....BLA....BLA.... "


Zed Zaidi

Erghhhh....Perluker statement tue keluar dari mulut kau wahai Zed Zaidi?! Aku rakyat Malaysia tapi aku malu dengan statement kau yang ntah apa2 tue... Sorry to say la... Tapi nampak sangat kau ni loser... Aku bukan nak condemn artis Malaysia & sanjung tinggi dengan artis luar... tapiiiiii..... bila si Zed ni keluar kan statement mcm nie buat aku meluat dengan dia... Tak salah kot kalau Aaron Aziz menang... Bukan salah dia pun dia menang ARTIS PALING POPULAR ABPBH 2011... Aku ni memang bukan pencinta artis.. Mana-mana artis la.. Pada aku artis ni tak perlu nak disanjung tinggi.. Mereka ni sama macam manusia biasa...

Kalau tak nak artis luar menang kenapa tak letak syarat je HANYA ARTIS MALAYSIA SAHAJA YANG BERTANDING! Bukan korang ker yang senaraikan calon2 artis yang bertanding? Sebelum ABPBH dilangsungkan tak nak pulak kecoh2 Aaron Aziz tercalon dalam artis paling popular.. Bila dia dah menang baru semua orang nak bunyi... Please Malaysian... OPEN YOUR MIND!!! Satu lagi... Yang kau nak kecoh sangat Aaron menang tue kenapa ye Zed??? Sebab kau rasa tercabar dia lagi POPULAR dari kau... ker artis Malaysia dah TAK LAYAK bertanding dengan artis luar?? Come on la.. nama pun pertandingan kan.. Adat pertandingan lah.. Ada yang menang & ada yang kalah... Terima je la... Tak payah nak kecoh bagai....


Aaron Aziz

Perkara-perkara mcm nie tak sepatutnya jadi isu... Adat pertandingan dan kita sepatutnya menerima setiap keputusan yang telah dibuat.. Tak perlu nak mempertikaikan lagi.... By the way.. yang buat keputusan nie pun RAKYAT MALAYSIA juga kannnn.. sooooo........ memang rakyat Malaysia SAYANGKAN Aaron Aziz!! Zed Zaidi, kau kena terima kenyataan tue.. Jangan nak dengki sangat dengan Aaron ok... Pada pandangan aku sendiri, Zed Zaidi seharusnya mohon kemaafan kpd Aaron Aziz atas kenyataan yang tak berasas tue... Jangan disebabkan hal yang macam nie rakyat Malaysia dengan Singapore kutuk antara satu sama lain.. Tak ada faedahnya wahai manusia! soooo.... think before say somenthing! ^^


Lot of Love,

Nadia Manshi :)



Friday, 20 January 2012

ONE is better than TWO...

Assalamualaikum & a very good morning, afternoon, evening & night to all readers & bloggers....

Normally people will say TWO is better than ONE...
But for me is ONE is better than TWO...
I don't know what is wrong with me...
Before this I felt so lonely without someone special in my life...
But now I feel so UNCOMFORTABLE.....

a broken heart never really heals

May be I need more time to know him very well...
May be he is not belong to me at all...
May be I need someone else who's really know me...
May be this is a wrong time for me to fall in love....
May be... may be.. may be....

There is no answer with all those  may be...

Dear man.....
I gave you my heart....
And...
You broke it...

At this moment and this situation........... I LOVE TO BE ALONE....
Just me and my life....
You may stay away from me....
And.....
Please LEAVE ME ALONE....

It's amazing now...
Someone can break my heart but...
I still love him with all the little pieces...

Lot of Love
nadia manshi

Wednesday, 18 January 2012

aku wanita yang hendak dibimbing..

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya..
Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya..
Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya..
Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya..
Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya..
Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah SAYA.. ^^
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Serasanya tak salah kalau aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua blogger & readers...heee...
Kesuntukan masa buatkan aku lama meninggalkan entry yang mula dipenuhi dengan sawang....
Ok... hari nie akan ku buang kesemua sawang yang ada di entry aku nie... :)
Cuba anda semua baca setiap ayat yang aku letak kat atas tue.....
Nice kan??? In my opinion.. yes, it is.. it's totally nice...
Akulah wanita yang hendak dibimbing dan perlukan bimbingan...
Aku bukan wanita yang hendak dibawa ke dunia kemaksiatan... Masya-Allah....
Setiap detik hatiku merintih untuk dibimbing ke jalan yang benar...
Bimbingan dari seorang insan yang benar2 ikhlas untuk membimbing aku...
Ya.... aku ada ayah... aku ada emak.... mak dan ayah adalah pembimbing yang baik....
Tapi..... selepas aku melangkah ke alam rumahtangga.....
Tanggungjawab tue bukan atas bahu mak dan ayah lagi...
Tapi atas bahu seorang lelaki yang bergelar suami....

Aku sentiasa berdoa semoga aku dipertemukan jodoh dengan orang yang soleh...
Itu doaku dari dulu hingga kini...
Tapi aku sedar akan kekurangan diriku...
Diri aku penuh dengan kekhilafan... aku sedar....
Sebab tue aku mencari insan yang bergelar lelaki yang sudi membimbing aku dan bukan membawa aku ke dunia kemaksiatan....

Tak dinafikan aku dah ada teman lelaki....
Tapi apa yang aku inginkan.. tak pernah aku dapat....
Bukan harta kekayaan yang aku nak...
Bukan duit yang aku nak....
Aku hanya perlukan kasih sayang dan bimbingan sahaja....
Hingga kini aku masih berdoa...
Berdoa agar hati si lelaki terbuka untuk berubah... InsyaAllah....
Aku sedar tak ada siapa dalam dunia nie yang sempurna...
Aku tak perlukan kesempurnaan yang tak menjamin kebahagiaan...
Aku hanya perlukan iman kuat di dada dan sentiasa menurut perintah Illahi....
serta sedia bertanggungjawab ke atas diriku...

ikhlas dari hati,
Nadia Manshi

Tuesday, 13 December 2011

hanya untuk cubaan semata-mata..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat blogger2 dan pembaca2 sekalian....

Actually aku agak lama tak update blog aku nie...
Now aku memag terlalu sebok dan aku agak kekok pakai notebook Acer Aspire One aku nie..
*notebook je kot...lagi mau kecoh bagai...* ;)
Bila dah sign in blog aku nie tak de button utk new post..
So aku terkial2 mencari & terpaksa click button new post kat dashboard....
Aku punya blog pulak dah tak boleh nak edit bagai...
Agak tertekan tapi aku kena cool... :)
Banyak benda aku nak kongsi dengan semua pembaca dan blogger2 di luar sana...
Tunggu cerita baru dari aku ok.. :)

Salam Ukhuwah,
Nadia Manshi

Wednesday, 30 November 2011

ok fine... aku tak perlukan sokongan dari kau....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 12.04 a.m dan mata aku masih terbuka luas lagi..
Terbaiklah kau nadia.... bersengkang mata untuk siapkan assingment...
Bersesuaian dengan tajuk entry ni....
Sokongan a.k.a support... hmmm..
Kali ni aku nak meluahkan rasa sakit kat dada nie...
Dalam kita berkongsi ilmu tak salahkan jika kita berkongsi suka dan duka bersama...

Aku seorang PENJAWAT AWAM dan aku juga seorang PELAJAR....
Aku ada banyak komitmen dalam hidup...
Mana satu aku nak kejar dulu????
Jawapan aku dua2...
Kalau orang yang tak pernah nak support aku & selalu complain pasal aku.. dia akan cakap mcm nie....
"nie yang u pilih kan..... so janganlah nak merungut......" *takbolehnakmerungutataulebihkepadameluahkanperasaan* fine!
"ada i suruh u kerja???.... ada i suruh u study???......" *hamekkaunadia* fine!
"orang tue kerja macam mana.... u kerja macam mana.... memanglah dia xda masa nak buat assignment....
*lagisekalikenatembakgilegile* fine!
*alasanlakingananakpunkausebat*
"u balik keje ade ke u buat kerja rumah????..."  *kaunakcakapakupemalaskan....akutau* fine!

Apa lagi kau nak cakap dengan aku wahai manusia?????
Aku sedar aku tak sehebat kau....
Aku sedar aku tak sepandai kau....
Aku sedar aku tak serajin kau.....
Aku sedar aku tak sebaik kau....
Aku sedar aku tak sempurna macam kau!!

Tapi kalau kau hebat sangat kenapa kau berhenti belajar???
Kenapa sepanjang dalam hidup kau nie yang kau tau complain jer???..... *akupelik* -.-"
Tak payah nak bagi aku alasan bodoh lagi.... *okakudahemosekarang*

Sekarang aku nak bagi jawapan aku (yang aku rasa masuk dek akal lah) kepada soalan-soalan yang sentiasa menghantui hidup kau selama nie....
Kenapa aku sambung belajar???
1. Aku nak majukan diri aku!
2. Aku belajar aku dapat pahala! *kauade?!*
3. Aku belajar sebab aku nak naik pangkat.
4. Aku belajar sebab aku diberi peluang.
5. Aku belajar tak pakai duit orang!
6. Aku sambung loan belajar semata-mata nak capaikan matlamat aku. *akubyrloanbelajar..kau?...*

Nie lah antara sebab-sebab kenapa aku nak belajar....
Kalau orang lain sibuk dengan kerja & anak-anak so tak payah buat kerja la..
Kalau macam tue (pada aku la kan...xtau la pada kau macam mana...) baik orang tue tak payah belajar...
Kalau rasa-rasa tak boleh nak pikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan dalam yang sama ada tanggungjawab lain baik tak payah belajar!
Kau cakap ikut sedap mulut...
Kau backup orang lain bagai nak gila...
Kau puji orang lain menggunung tinggi....
Baik kau pergi jer kat orang-orang tue....
Aku tak kan give up semata-mata tak dapat sokongan dari kau!
Aku tak hadap dengan sokongan kau.... *sebabkaukakikondemakungnkakicomplainaku*
Aku tak salahkan orang-orang tue...
Aku tak marahkan orang-orang tue....
Tapi aku bengang tahap dewa ngn kau....

Sila BLAH kan diri anda kalau kau rasa aku tak guna!! *fuhhhhmencurahcurahairmatamengalir*
Kau tak sokong apa yang aku buat pun aku tak heran sebab aku ada ramai orang yang sentiasa sokong aku..
Dan yang paling penting Allah sentiasa ada dengan aku.... bukan kau!
Ye...... hari nie aku emo.... so what?!!!


Ikhlas dari hati,
Nadia Manshi

Monday, 28 November 2011

Tentang cinta....

Apa ada dengan cinta????
CINTA ungkapan yang mudah disebut tapi sukar untuk difahami...
Cinta adalah segala-galanya....
Cinta sejati penentu kebahagiaan masa akan datang...
Cinta adalah soal hati... soal jodoh...


Tanpa CINTA tiada perasaan kasih... tiada perasaan rindu... tiada sinar kebahagiaan....
Tapi pernahkah kita terfikir maksud cinta yang sebenarnya????
Apa itu cinta sejati???
Apa itu cinta menurut Islam???
Cinta itu indah.... Saat bahagia bersama si dia... Berkongsi suka duka bersama....
Tapi..... cinta itu lagi indah jika ia berpaksikan ajaran Islam....

Sebagaimana firman Allah:


Janganlah kamu menghampiri zina” (Al-israk : 32)



Dan tidak ada orang yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan kepada petunjuk Allah. ( Al-Qasas: 50)
Cinta sangat subjetif....Cinta kepada Allah s.w.t...
Cinta kepada Rasul...
Cinta kepada Malaikat....
Cinta kepada Manusia....
Cinta kepada Haiwan.....
Cinta kepada Alam sekitar.....
Perasaan cinta, kasih dan rindu boleh dipupuk di dalam hati...
Tetapi adalah lebih baik jika perasan cinta, kasih dan rindu itu dipupuk hanya untuk Allah terlebih dahulu....
Cinta kepada Allah s.w.t adalah cinta yang hakiki....

Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul tanggungjawab, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud sebagai berikut:
Ada tiga orang yang berhak ditolong Allah:
(1) seorang mujahid di jalan Allah,
(2) seorang yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatannya,
(3) mukatib yang bekerja untuk memerdekakan dirinya.
Setiap bait perkatan yang aku paparkan di entry ini juga sebagai satu peringatan kepada diriku sendiri.... Aku juga punyai cinta di hati... Cinta buat Tuhanku... Cinta buat Rasulku... Cinta buat keluargaku... Cinta buat kekasih hatiku... Cinta buat teman-temanku... Cinta buat haiwan peliharaanku..









Kadang-kala kita alpa... Kita lalai dengan keindahan cinta yang dimurkai Allah sw.t...
Sesungguhnya kita adalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan....
Allah s.w.t maha adil.. Maha kuasa.. Maha mendengar... Maha penerima taubat dan pengampun dosa....
Aku berserah segalanya kepada-Nya....
Aku juga mohon pertolongan dari-Nya....
Dari hari ke hari aku melakukan dosa...
Dari hari ke hari aku sujud padanya...
Dari hari ke hari aku berusaha untuk berubah.... menjadi seorang Islam yang sebenar!!
Semoga setiap perubahan diriku kepada yang lebih baik mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah s.w.t.....

" Ya Allah.... aku mohon kepada-Mu agar kau ampuni dosa-dosaku serta jauhilah diriku dari godaan syaitan serta peliharalah diriku dari segala kemaksiatan...."

Aku ingin berubah.... berubah menjadi yang lebih baik....
Semoga niat aku tercapai jua... InsyaAllah....
Khas buat insan bernama kekasih....
Semoga cinta kita mendapat keredhaan Allah s.w.t dan dilindungi dari segala kemaksiatan... InsyaAllah...
Lot of Love,
Nadia Manshi

Saturday, 26 November 2011

Perebutan nama "HARIMAU" yang dicetuskan oleh GARUDA....

Heyyyaaaa buat semua pembaca dan bloger2 diluar sana...
Apa khabar kalian semua...
Harap-harap baik sahaja....

Ok... straight to the point.....
Sila rujuk tajuk entry kali nie...
(Perebutan nama "HARIMAU" yang dicetuskan oleh Garuda)

Aku tertarik dengan satu artikel mengenai perebutan title harimau ni....

(http://xpressminda.wordpress.com/2011/11/23/garuda-patah-sayap-berangan-nak-jadi-harimau/)
Lawak gila kot.... Orang gila pun tak lawak macam ni...
Pemikiran budak-budak sangat....
Macam mana negara nak maju.... haishhhh...


HARIMAU vs GARUDA

Apa lagi cerita yang kau nak hebahkan wahai sang garuda...
Sila buka minda serta manda anda seluas-luasnya.... jangan hidup tau nak dok hentam negara lain...
Bukan niat nak menghina bai... tapi sedarlah sikit berapa ramai rakyat jelata kau berada di bumi MALAYSIA??????
Berapa ramai rakyat jelata kau yang kononnye mencari rezeki di MALAYSIA yang menambah peratus jenayah di bumi MALAYSIA????
Kami rakyat MALAYSIA tak pernah sekalipun mencerca hina negara kau....
Kalau betul MALAYSIA tak suka INDONESIA kenapa mesti kita ajak pelawak-pelawak Indonesia menyertai pertandingan maharajalawak mega...
Skuad bola sepak Indonesia yang berlawan di Malaysia, ada kami hentam bagai nak gila...
Kurang ajar bila lagu kebangsaan Indonesia dimainkan???
Tak de kan.... So apa masalahnya... tak perlu la kau nak kecah bagai cakap title "HARIMAU" tu kau yang punya....
Jangan nak mundur sangat bai....
Terima setiap kekalahan yang kau patut terima....
Skuad bola sepak Indonesia bukan tak berusaha... tapi diaorang dah main yang terbaik...
Bangga lah sikit dengan usaha mereka bukan tau nak cetuskan kontroversi...
Kalau betul 40 tahun dulu korang pakai title harimau nie kenap tak teruskan jer dari dulu...
Bila sekarang Garuda dah kalah.... kau nak kecoh balik la...
Apa benda la korang nie... Tak boleh tengok orang lain hebat sikit....
Come on la.... nak tunggu tanah jajahan kau dijajah semula baru nak sedar....
Kalau macam ni la perangai korang yang suka buat kontroversi memang tak maju la negara korang....

Khas untuk rakyat Indonesia yang suka buat kontroversi kat luar sana.... Sila buat macam ni kat negara korang ok!!

AKU SAYANG MALAYSIA!!!!
MALAYSIA TERBAIK!!!!
MALAYSIA HEBAT!!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!

Sincerely,
Nadia Manshi

Wednesday, 23 November 2011

Garuda Indonesia dibaham oleh Harimau Malaya!!!

TAHNIAH HARIMAU MUDA MALAYA!!!!
RAJA BOLA SEPAK ASIA TENGGARA!!!!

Sang Harimau vs Sang Garuda...

~kejayaan milik kita!!~

Perlawanan sengit diantara MALAYSIA dan INDONESIA yang berlangsung di stadium Gelora Bung Karno berjaya menambat hati peminat-peminat bola sepak negara....
Tahiah diucapkan kepada skuad Harimau Muda Malaya atas pinggat emas yang dimiliki di sukan Sea kali ke 26....
Dengan kejayaan ini dapat dibuktikan skuad negara bertungkus-lumus dalam menaikkan martabat sukan bola sepak negara... tahniah diucapkan.... :) we are proud with you Harimau Malaya!!



 Harimau Malaya!!

Segala dugaan dan cabaran yang dihadapi di negara jiran menguatkan lagi semangat skuad negara dalam memperjuangkan kemenangan yang dinanti-nantikan....
Segala cabaran dan dugaan dijadikan sebagai satu semangat yang tinggi dalam mencapai kejayaan...
Walau ketika lagu kebangsaan berkumandang dan tidak mendapat hormat sepenuhnya dari rakyat Indonesia tetapi itu bukan lah satu sebab untuk skuad Harimau Malaya hilang semangat dalam memperjuangkan maruah negara....
Sokongan dan doa dari rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta hasil gigih skuad bola sepak negara berjaya menunundukan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3.....
Dua kali masa tambahan benar-benar menguji daya ketahanan mental dan fizikal skuad Harimau Muda kita...
Ternyata hero-hero Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia dan semangat...

~sokongan padu rakyat Malaysia yang tidak berbelah bagi~

~Sang Garuda mati dibaham Harimau Muda~

~Perlawanan hebat~ Malaysia vs Indonesia

~Garuda Indonesia vs Harimau Malaya~
TAHNIAH sekali lagi buat skuad negara.... Teruskan perjuangan anda!!
Lot of Love,
Nadia Manshi

Thursday, 17 November 2011

Malaysia vs Indonesia

Malaysia vs Indonesia

Who's going to be the winner in football match tonight????
I am Malaysian and i wish Malaysia will be the winner tonight....
Good Luck to Malaysia's football team... :)
Malaysia already got one goal in a half time!!
Keep it up guys!!


Lot of Love,
Nadia Manshi