Sunday, 31 July 2011

puasa oh puasa...

1 Ogos 2011M bersamaan 1 Ramadhan 1432H
SALAM RAMADHAN buat semua umat Islam di dunia nie...

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
sama-sama kita raikan bulan RAMADHAN dengan niat yang suci...
ambil peluang yang ada untuk lakukan ibadat di bulan yang mulia...
berusaha dalam mendapatkan keberkatan dari Allah S.W.T...

buat semua muslimin dan muslimat...
lakukan ibadat puasa nie sebaik-baiknya...
semoga puasa tahun ini akan memberi seribu makna kepada kita semua.SELAMAT BERPUASA buat semua..

2 comments: