Saturday, 6 August 2011

Kelebihan Solat Sunat Tarawih...


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5. 

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua pembaca....
Pejam celik pejam celik dah 7 hari kite berpuasa....
Alhamdulillah...kita dapat jalankan rukun islam yang ketiga dengan jayanya...
Semoga amalan kita nie diterima Allah S.W.T...

ok....hari nie i nak share dgn u all pasal KELEBIHAN DALAM SUNAT TARAWIH....
here there are...
Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. daripada rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1 Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)
Malam 3 Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kamu meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus sehingga Allah menngampunkkan dosa engkau.
Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di masjid Al Haram, masjid Madinah, dan masjid Al-Aqsa.
Malam 6 Allah kurniakan pahala baginya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang sunat tarawih pada malam ini.
Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a. s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang yang mengerjakan sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim a.s
Malam 9 Allah kuriakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10 Allah mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 Datang ia di hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Kiamat.
Malam 15Semua malaikat yng menanggung Arasynya, kursi, bersalawat tan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan di masukkan ke dalam syurga.
Malam 17 Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18 Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup ataupun yang telah mati)
Malam 19Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.
Malam 21 Allah binakan sebuah istana di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada di dalam keadaan huru-hara di padang Masyhar)
Malam 23 Allah binakan baginya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25Allah Taala angkatkannya dari siksa kubur.
Malam 26Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27Allah kurniakan orang yang bertarawih malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustakim seperti kilat menyambar.
Malam 28Allah Taala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 Allah beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang maksudnya:

No comments:

Post a Comment