Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua...
Dari hari ke hari manusia sering alpa dengan kemewahan yang dimiliki....
Sangkanya kemewahan yang dimiliki selama ni diperolehi dari sumber yang haram...
Tapi hakikatnya separuh daripada kemewahan yang dimiliki ni datangnya dari sumber yang haram...
Memang orang akan nafikan kemewahan yang dia dapat ni dari sumber yang halal...
Memang orang akan nafikan kemewahan yang dia dapat ni dari sumber yang halal...
Tak ada seorang pun yang akan mengaku ianya dari sumber yang haram...
Sebagai contoh....
Seorang pemimpin di sesebuah organisasi menggunakan tenaga pekerja tanpa membuat apa-apa bayaran kepada pekerja.....
Malah, keuntungan yang diperolehi daripada hasil titik peluh pekerja diambil dengan alasan pekerja tersebut TIDAK LAYAK untuk terima apa-apa bayaran...
halal ker duit yang ketua tue dapat????
Gunakan tenaga orang sewenang2nya tanpa membuat apa-apa bayaran.....
Gunakan perkataan 'SYARIAT ISLAM' & 'HUKUM ALLAH' untuk keuntungan & kepentingan sendiri....
Jahil sungguh!!!
Syeikh Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:
“Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”
Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):
“Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”
Daripada pandangan-pandangan ulama tersebut jelas menyatakan seseorang yang mengkhianat harta orang lain dan merampas harta orang lain hukumnya adalahHARAM...
Antara dalil-dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:
1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:
“أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها
“Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)
2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن
“Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)
3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.
Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا
“Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)
No comments:
Post a Comment