Sunday, 4 September 2011

SELOKA RAYA

SELOKA RAYA

N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan lu buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Perak...

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...

Orang Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan lah pau
Mai Raya macam mana tak ketaq
Kalau kena paksa bagi angpau

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Friday, 2 September 2011

SALAM LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Walau langkah tak bertemu, Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar, Mata tak bertentang....
Mohon maaf segala kekhilafan kerana
ada tikanya MATA silap memandang
TELINGA salah mendengar
LIDAH terlanjur berkata-kata
HATI tersalah menduga.....

SALAM AIDILFITRI diucapkan buat semua...

lama da tinggalkan entry nie...
disebabkan kesuntukan masa & lappy yg masih x keluar dr icu
buatkan aku x boleh nak update entry nie....
sakit hati ada jgk...happy ada jgk...

ok...just let go pasal lappy & lama x lama aku update blog ni...
belum terlamabat lagi utk aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR& BATIN
buat blogger2 kat luar sana....
segala silap dan salah harap dimaafi anda semua...

 part of my family...:)

 my sissy & brother....

 :)

 the craziest family....

 granny with my siblings

 coussy & sissy...:)




Tuesday, 9 August 2011

Fadhilat Ramadhan

Terdapat 3 jenis orang yang doa mereka tidak ditolak Allah S.W.T:

1) doa daripada ORANG YANG BERPUASA SEHINGGALAH BERBUKA PUASA
2) doa daripada IMAM(PENGUASA) YANG ADIL
3) doa daripada ORANG YANG DIZALIMI

Kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu awan dan langit...
Allah berfirman:

"Daku bersumpah atas kemuliaan-Ku sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
(Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Sebagai seorang Islam, segala pertolongan mohonlah pada Allah S.W.T dan sentiasa beringat
kuasa Allah tak ada siapa boleh tanding....
Allah Maha Berkuasa & Allah Maha Mengetahui...



DUIT HARAM!!!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua...
Dari hari ke hari manusia sering alpa dengan kemewahan yang dimiliki....
Sangkanya kemewahan yang dimiliki selama ni diperolehi dari sumber yang haram...
Tapi hakikatnya  separuh daripada kemewahan yang dimiliki ni datangnya dari sumber yang haram...
Memang orang akan nafikan kemewahan yang dia dapat ni dari sumber yang halal...
Tak ada seorang pun yang akan mengaku ianya dari sumber yang haram...
Sebagai contoh....
Seorang pemimpin di sesebuah organisasi menggunakan tenaga pekerja tanpa membuat apa-apa bayaran kepada pekerja.....
Malah, keuntungan yang diperolehi daripada hasil titik peluh pekerja diambil dengan alasan pekerja tersebut TIDAK LAYAK untuk terima apa-apa bayaran...
halal ker duit yang ketua tue dapat????
Gunakan tenaga orang sewenang2nya tanpa membuat apa-apa bayaran.....
Gunakan perkataan 'SYARIAT ISLAM' & 'HUKUM ALLAH' untuk keuntungan & kepentingan sendiri....
Jahil sungguh!!!
Syeikh Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:
“Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”
Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):
“Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”
Daripada pandangan-pandangan ulama tersebut jelas menyatakan seseorang yang mengkhianat harta orang lain dan merampas harta orang lain hukumnya adalahHARAM...
Antara dalil-dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:
1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:
“أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها
“Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)
2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن
“Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)
3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.
Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا
“Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)

Saturday, 6 August 2011

Kelebihan Solat Sunat Tarawih...


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5. 

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua pembaca....
Pejam celik pejam celik dah 7 hari kite berpuasa....
Alhamdulillah...kita dapat jalankan rukun islam yang ketiga dengan jayanya...
Semoga amalan kita nie diterima Allah S.W.T...

ok....hari nie i nak share dgn u all pasal KELEBIHAN DALAM SUNAT TARAWIH....
here there are...
Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. daripada rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1 Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)
Malam 3 Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kamu meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus sehingga Allah menngampunkkan dosa engkau.
Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di masjid Al Haram, masjid Madinah, dan masjid Al-Aqsa.
Malam 6 Allah kurniakan pahala baginya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang sunat tarawih pada malam ini.
Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a. s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang yang mengerjakan sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim a.s
Malam 9 Allah kuriakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10 Allah mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 Datang ia di hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Kiamat.
Malam 15Semua malaikat yng menanggung Arasynya, kursi, bersalawat tan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan di masukkan ke dalam syurga.
Malam 17 Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18 Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup ataupun yang telah mati)
Malam 19Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.
Malam 21 Allah binakan sebuah istana di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada di dalam keadaan huru-hara di padang Masyhar)
Malam 23 Allah binakan baginya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25Allah Taala angkatkannya dari siksa kubur.
Malam 26Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27Allah kurniakan orang yang bertarawih malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustakim seperti kilat menyambar.
Malam 28Allah Taala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 Allah beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang maksudnya:

Sunday, 31 July 2011

puasa oh puasa...

1 Ogos 2011M bersamaan 1 Ramadhan 1432H
SALAM RAMADHAN buat semua umat Islam di dunia nie...

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
sama-sama kita raikan bulan RAMADHAN dengan niat yang suci...
ambil peluang yang ada untuk lakukan ibadat di bulan yang mulia...
berusaha dalam mendapatkan keberkatan dari Allah S.W.T...

buat semua muslimin dan muslimat...
lakukan ibadat puasa nie sebaik-baiknya...
semoga puasa tahun ini akan memberi seribu makna kepada kita semua.SELAMAT BERPUASA buat semua..

kepentingan bertudung...

  ~bertudung salah satu tuntutan agama yang menjadi kewajipan setiap perempuan muslim~

Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."kenapa saya perlu pakai tudung?"...ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum..."anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"..."entah",balas anaknya.."Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia... adalah sesuatu yang cantik,menarik dan menarik ramai pemerhati"...sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya..sama seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..jika wanita itu sendiri x melindingi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi.
 
~cantik seorang wanita~